Tuesday, 13 October 2015

Patutlah Senang Lenang.. Rupanya Ini Punca Dana Parti Amanah Negara

Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan dakwaan ia dibiayai dan menerima dana daripada DAP.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir menyifatkan tuduhan itu propaganda murahan untuk memburukkan nama parti baharu itu.

"Sangat tidak benar kami dibiayai DAP. Kalau dia (DAP) hendak bagi pun kita tak akan terima," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di Kuala Lumpur, hari ini.

Anuar berkata, 30 ahli yang berada di dalam jawatankuasa Amanah memberikan sumbangan berjumlah RM40,000 bagi menubuhkan parti itu.

"Ahli kita dulu keluar RM40,000 (jumlah keseluruhan) seramai 30 orang. Semua sekali seperti Salahudin Ayub dan Khalid Samad,"  katanya.



4 comments:

  1. ya...aku akan menjadi bakal pendema utk amanah

    ReplyDelete
  2. akupun nak derma juga...ribu2

    ReplyDelete
  3. ya dan aku juga

    ReplyDelete
  4. Keluar duit sendiri hanya utk menentang hudud jika DAP dan PKR menolak hudud.. berbaloi ke...?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...