Saturday, 10 October 2015

Patutlah Ramai Sertai Amanah.. Ini Puncanya

Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.

Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.

Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad (gambar bawah) berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.


Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota.

Sejak itu beliau dilabelkan sebagai penentang ulama dan disisihkan oleh pihak yang menguasai pucuk pimpinan PAS sekarang, iaitu golongan ulama yang menyingkirkan golongan progresif bagi menduduki majoriti jawatan tertinggi parti pada pemilihan Jun lalu.

Apabila barisan Kabinet PAS Pahang dibentuk selepas Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, nama Suhaimi terus ditiadakan daripada barisan kepimpinan negeri.

Beliau mendakwa pemimpin PAS memboikotnya, termasuk kedai buku dimilikinya.

Namun, Suhaimi mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab sebarang serangan terhadapnya.

Beberapa hari lepas, berlaku lagi kejadian tidak disenangi membabitkan rutin bulanan beliau yang selama 3 hari dalam sebulan akan keluar dari Pahang memberikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.

Sejak perpecahan berlaku dalam PAS katanya, kuliah yang dijadualkan untuknya berkurangan daripada 8 kepada 3 sahaja kini.

"5 kuliah lagi bagi alasan nak susun balik, kebetulan ada ustaz lain nak masuk, dan macam macam alasan lain. Aku bersangka baik," tulis Suhaimi di laman Facebook miliknya.

Salah satu daripada pembatalan kuliah itu dibuat melalui telefon apabila beliau hanya dihubungi ketika sudah hampir tiba di tempat dijadualkan berceramah, sebuah masjid di Muadzam.

"Mereka kata, ustaz dah 'join' Amanah dan tak bersama PAS," kata pihak penganjur kepada Suhaimi yang menyebabkan beliau terkejut.

"Apa!!! Saya masih ahli PAS," Suhaimi melahirkan rasa terkejutnya melalui tulisannya di akaun media sosial itu, memecah kebisuannya selama ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Suhaimi berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai Amanah.

"Jika saya sertai Amanah bermakna tuduhan terhadap saya betul dan itulah yang dikehendaki pihak yang memfitnah saya," katanya.

Kebencian PAS terhadap Amanah berpunca daripada hakikat yang pemimpin parti serpihan itu dulunya rakan seangkatan pemimpin konservatif parti Islam.

Tetapi, mereka lebih progresif dan memilih untuk meneruskan kerjasama dengan bekas PAS yang kini menjadi musuh, iaitu DAP yang sekular dan PKR di bawah Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi.

Apabila kumpulan progresif menubuhkan Amanah, mereka dilabelkan sebagai "pengkhianat" oleh PAS, yang berikrar tidak akan bekerja sama dengan mereka lagi.

Apa yang berlaku kepada Suhaimi turut juga dialami seorang lagi pemberi kuliah, Roslan Ismail, yang juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Bukit Besi, Terengganu.

Katanya, pada 1 Oktober, beliau menerima surat makluman diberhentikan daripada memberi kuliah di Surau Darulsalam, Paka tempat beliau berceramah sejak puluhan tahun lalu.

Ekoran itu, pada 2 Oktober, Roslan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Amanah, kepada naib presiden parti itu Datuk Dr Mujahid Yusof di Kuala Terengganu.

Apa yang dihadapi Suhaimi dan Roslan turut dialami ramai ahli dan bekas pemimpin PAS di seluruh negara.

Kerana perbezaan pendapat, mereka disisihkan pemegang jawatan PAS sekarang yang menang melalui kempen agresif menyerang pihak yang berbeza pendapat.

Ekoran itulah sambutan dan penyertaan ke dalam Amanah menjadi fenomena di seluruh negara.



5 comments:

  1. Tengok citer pasal 2 org je. Tapi tetiba dah 50 000 org ahli.. kih kih.. kalau setakat sumpah dan harta wakaf boleh dilanggar apalah sgt kalau nak buat perisytiharan 50 000..

    ReplyDelete
  2. sedihnya...dulu masa hentam pemimpin sendiri x terasa sedih plak...bila pemimpin dihentam org luar pun x terasa sedih jgk...dulu semua blog2 barua suruh tukar ulamak2....x terasa langsung...katanya mengajar agama tapi kerjanya menolak hukum allah terang2an...nk tggu putrajaya? sori...dap dh siang2 ckp...over my dead body
    progresif? yea right...redho nama allah dilacurkan dlm bible...redho bkn islam buat pesta arak besar2an...redho maknyah berpakaian seperti perempuan...x redho hudud di kelantan...dah berbaiah boleh langgar janji senang2...cerai taklik yg dulu kata strategi penting...kini di ludah senang2...selfie dgn amoi cam cucu jer...and terbaru dap sekat geran utk sekolah agama anak melayu x terasa...anak bangsa sendiri...x perangai umno...x berani nk tegur dap krn dendam politik...tuduh UG dari dulu smpi skrg benda x jadi2..tapi ttp fitnah nak UG...dah la x fhm apa tu UG...pastu nak suruh pas lepaskan kerusi2 yg skrg mereka duduki atas hasil titik peluh ahli2 pas dan nak suruh pas bantu dgn jentera pas pd pru14? whatttt

    ReplyDelete
  3. Kalau dah 50 000 dan paling ramai di kelantan.. kalau cam tu dah boleh tempah stadium sultan mohamad ke 4 kota bharu.. tapi ada berani ke.. sekarang ni pun ceramah kat kedai kopi je.. kalau penuh kedai kopi tu dah dikira rekod baru utk kedai kopi tu lah.. hammmmh..

    ReplyDelete
  4. dah jadi tak keruan dah org pas skrg.. yg penting skrg dh ada parti Islam baru Amanah sebagai alternatif wadah perjuangan, pas skrg pun ckp tak serupa bikin, baiah cerai dh terkena btg hdung sendiri skrg dh nak dilupuskan pula, isu2 rakyat spt kenaikan tol dan sebagainya tak diperjuangkan malahan sokong lagi kenaikan tol, hudud tak dibawa ke parlimen, sekadar buat himpunan 60k utk menghabiskan wang ringgit apa guna, cikgu2 YIK gaji tertunggak.. apa ni semua ni wahai wan rosli, ini ke perjuangan Islam

    ReplyDelete
  5. poliik penuh dengan propaganda dan autahe

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...