Saturday, 17 October 2015

Patutlah Artis Ni Mengamuk.. Ini Sebabnya

Beban akibat kenaikan kadar tol beberapa lebuh raya mulai semalam bukan saja merimaskan orang ramai dan ahli politik, tetapi nampaknya turut menaikkan kemarahan penyanyi Andy Flop Poppy.  

Dalam status dimuat naik Andy menerusi akaun Facebooknya, dia mengaitkan isu berkenaan dengan jemputan persembahan yang dianjur oleh kerajaan.

Menurut Andy, ada ketika tertentu apabila dijemput untuk membuat persembahan di jabatan kerajaan, dia sering kali tidak mendapat peruntukan yang memuaskan.

Alasan sering diberikan, katanya, ialah peruntukan yang ada tidak mencukupi. “Bila kerajaan panggil aku buat persembahan untuk majlis, memanjang beri alasan jabatan tidak ada bajet besar.

“Ini saja yang ada Encik Andy, boleh lah,” tulisnya menceritakan pengalaman sendiri.

Dan atas dasar itu, Andy berkata, dia juga 'bercadang' mahu menggunakan alasan sama - iaitu dirinya “tidak ada bajet” - ketika perlu membayar kadar baru tol di lebuh raya.

"Boleh tak aku buat macam tu kat tol kau..." katanya lagi.

18 syarikat konsesi

Bagaikan tidak dapat membendung perasaan itu, Andy turut menyalahkan serta mempersoalkan tindakan yang dianggap menyusahkan rakyat itu.

“Bagaimana pihak yang berkenaan menggalas tanggungjawab mereka? “Ini mahu bunuh rakyat ke apa?” katanya.

Kadar baru tol bermula semalam dinaikkan syarikat konsesi lebuh raya selepas mendapat kebenaran daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan itu dibuat pada kadar antara 10 sen hingga RM6.


Laluan yang terlibat adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Sistem Penyuraian Lebuhraya Kajang (Silk), Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (Duke) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Turut mengumumkan kenaikan tarif adalah Lebuhraya KL - Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Suatu ketika dulu antara menteri yang paling kerat dikritik adalah Datuk Seri S Samy Vellu yang juga bekas Presiden MIC.

Andy kemudian sempat mengenang bagaimana Samy Vellu 'menguruskan' kenaikan tol ketika berkhidmat sebagai menteri kerja raya.

“Ini (kenaikan terbaru) naik bukan sikit-sikit. Samy Vellu dulu pun naik (tol) gak, tapi 10 sen 20 sen je. Ni sampai separuh," katanya.

Kancil bergegar dek motosikal

Sementara itu pelakon dan penyair Pyanhabib juga tidak mahu ketinggalan menyindir kerajaan kerana menaikkan kadar bayaran tol.

Menggunakan judul "Nota kepada menteri jaga tol" Pyanhabib menulis: Tahukah kamu, kamu tidak adil kepada pengguna yang melalui laluan bertol? Berapakah cc (nilai pacuan enjin) bagi sebuah kereta Kancil? Berapakah cc bagi sebuah motosikal berkuasa tinggi yang memotong Kancil sampai bergoyang di lebuh raya?

"Kancil yang ada masanya terhegeh-hegeh tumpang lalu di lebuh raya kamu kenakan tol tetapi motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenama yang berdesup laju itu, kamu percumakan saja. Tidak berjihad langsung!

"Buat Zahid Hamidi: Adilkah apabila kamu mahu meminta Najib Razak kurangkan cukai motosikal berkuasa tinggi dalam Bajet 2016?" 

2 comments:

  1. Mintalah bantuan YA1Malaysia.
    Bukankah Najib sudah bagi juta-juta RM.
    Tentulah D.J.Dave boleh beri sedikit.

    ReplyDelete
  2. Keperitan hidup sedang menjadi-jadi. Anak-anak jadi mangsa keadaan. Badan kurus kering tak mampu minum susu, makan makanan berkhasiat atau seimbang. Manalah nak pandai kalau belajar perut kosong, guru pulak asyik buat kerja politik,mak bapak sebuk cari duit. Inilah anak-anak yang akan membesar menjadi manusia lemah, tak berilmu dan senang dijual dengan t-shirt, payung dan nasi bungkus!!! Semuga Allah yaRahman ya Rahiim, Kau permudahkan lah hidup kami dan Kau susahkanlah hidup mereka yang menyusahkan kami sama ada kaum Muslimin atau pun tidak. Kau jilatkanlah api helikopter atau api Boeing atau api m Benz keseluruh badan mereka!! Amin.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...