Sunday, 18 October 2015

Najib Dah Mula Menggelupur.. Ini Buktinya

Mesyuarat “pre-council” Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak malam ini dijangkakan menjadi sangat penting, kata ahli Parlimen Umno ketika spekulasi undi tidak percaya bertiup kencang menjelang sidang Dewan Rakyat yang bermula esok.

Ahli Parlimen yang tidak mahu dinamakan itu berkata, ahli Parlimen BN dan senator sudah diarahkan untuk bertemu Najib di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 malam.

The Malaysian Insider melihat notis itu dalam satu surat daripada Ibu Pejabat BN bertarikh 9 Oktober dan dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara.

Ahli Parlimen Umno itu memberitahu The Malaysian Insider, mesyuarat malam ini dijangkakan menjadi sangat penting disebabkan spekulasi beberapa ahli Parlimen BN akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Najib sekarang ini ditekan disebabkan cara syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diuruskan dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Mesyuarat malam nanti sangat penting, ia disebabkan pada Isnin sidang akan bermula.

"Lagipun sudah ada ahli pembangkang yang mengemukakan usul undi tidak percaya ke Dewan Rakyat.

“Najib dilihat bimbang dengan perkembangan ini, ditambah dengan kemelut dihadapi dalam Umno pada ketika ini," kata sumber itu.


Notis daripada Ibu Pejabat Barisan Nasional bertarikh 9 Oktober yang dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara. 

Sumber itu berkata, beberapa ahli Parlimen veteran mungkin tidak hadir ke mesyuarat "pre council" malam ini seperti Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Muhyiddin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran sementara Shafie digugurkan daripada jawatan menteri pembangunan luar bandar dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai.

Kedua-dua pemimpin Umno ini sangat kritikal tentang bagaimana Najib menguruskan 1MDB.

Ketiga-tiga pemimpin ini juga turut hadir semasa Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang akhbar baru-baru ini bagi menentang tindakan Putrajaya menggunakan Sosma terhadap pengkritik 1MDB

Sidang akhbar itu juga menyentuh mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR sudah mengemukakan notis di Dewan Rakyat untuk mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Usul itu diletakkan sebagai usul ke-25 daripada 28 usul dalam kertas aturan urusan mesyuarat untuk dibahaskan.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada usul itu akan dibahaskan atau tidak.

Sidang Dewan Rakyat yang bermula esok akan berlangsung selama 7 minggu sehingga hujung tahun ini.

Najib juga akan membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat, dijangka bakal menyaksikan perbahasan hangat dalam Dewan Rakyat memandangkan ahli Parlimen pembangkang dijangka membangkitkan isu berhubung 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Sama ada usul undi tidak percaya ke atas Najib berjaya atau tidak, sidang Dewan Rakyat kali ini juga menyaksikan pelantikan baharu pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) dan siasatan ke atas 1MDB bersambung semula, disamping kesannya ke atas ekonomi dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sumber Umno juga memberitahu perkembangan berkenaan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tidak boleh diabaikan dan pasti akan mempengaruhi perbahasan dalam Dewan Rakyat nanti.

"1MDB menjadi tumpuan kerana kenyataan Majlis Raja-Raja pada 6 Oktober lalu yang mahu ia diselesaikan segera.

"Tidak dapat tidak, isu 1MDB pasti akan dibincangkan. Kenyataan Majlis Raja-Raja dianggap serius dan jika tidak ditangani segera, Najib akan berdepan satu cabaran yang serius," kata sumber Umno itu.



5 comments:

  1. Pucuk pimpinan UMNO biar mati pucuk jangan hidung dicucuk! Kuasa paling terdekat ada bersama kamu, andai diabaikan bersedialah menghadapi sumpah-seranah rakyat terhadap kehancuran bumi Malaysia nih....

    ReplyDelete
  2. hahhaha najib..najib.... ko kot turun pon rete ko mkn tak habis laaaa

    ReplyDelete
  3. Mau duit kaaa !

    ReplyDelete
  4. Budget umpan, bilion bilion,cara sama je, tambahan billion sana, billion sini,bila orang memerlukan minta, jawapan sinomim yg diterma ialah, tak cukup bajet, duit tak ada, mana perginya billion bilion tu.masuk dalam poket kroni.
    Rakyat malaysia terutama kakitangan kerajaan pentingkan diri, bila dapat bonus 500 ringgit atau setangah bulan terus senyap

    ReplyDelete
  5. Kes al maunah lagi dah tau
    Mana mau turun

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...