Tuesday, 13 October 2015

Mufti Ini Ada Ciri Ulama Pewaris Nabi

Tindakan dan keberanian Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz dalam menangani isu 1MDB bukan saja dilimpahi pujian oleh rakyat, malah turut mendapat sokongan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Setelah diberi amanah menjalankan siasatan dengan teliti berhubung 1MDB dan kemudian mendapati wujud pelanggaran undang-undang, Bank Negara lalu mencadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan perundangan yang sewajarnya diambil.

Apabila syor tersebut ditolak dan dirayu semula, tetapi kemudian ditolak juga, Bank Negara yang dipimpin oleh Dr Zeti lantas mengambil tindakan segera membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini mengenai pelaburan 1MDB berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara serta mahukan wang itu dibawa pulang untuk dikemuakan pelan baru mengenainya.

Tidak ramai yang berani bertindak demikian. Selalunya apabila syor mereka ditolak oleh Peguam Negara, ramai yang diam dan redha saja serta menganggap tanggungjawab sudah selesai.

Dalam posting di Facebooknya, Dr. Mohd Asri menulis, "Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar."

Sehingga pagi ini posting itu telah mendapat hampir "40 ribu likes" daripada rakan-rakan Facebook beliau.



Diharapkan dalam kemelut 1MDB yang sehingga Majlis Raja-Raja pun turut bersuara mahukan ia diselesaikan dengan segera dam diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat, lebih banyak agensi penguatkuasa dan kawal selia negara menunjukkan keberanian masing-masing dalam menegakkan kebenaran serta benar-benar takutkan Tuhan.

Mufti adalah ulama dan ulama adalah pewaris Nabi. Apabila pewaris Nabi turut memberi sokongan dan pujian kepada Dr. Zeti, tiada pilihan bagi kita selain turut sama memberi sokongan sambil mendoakan segala kebaikan terhadap apa yang diperjuangkannya itu.


Addin:

Inilah ciri ulama pewaris nabi.. bukan berdiam diri dan mesra dengan pemerintah yang zalim. Kebenaran perlu di nyatakan walaupun pahit. Kebenaran dan kebatilan pasti akan bertembung jua..





5 comments:

  1. alhamdullillah ,ada juga manusia yang tahu menggunakan ilmu islam yang ada pada nya.tetapi ada juaga yang tahuilmu islam tetapi banyak putar lamnya.kah.kah.kah.faham ke?

    ReplyDelete
  2. Yang lain takut tak dapat makan dan kena buang kerja, yang mereka berani hentam DAP sahaja.

    ReplyDelete
  3. Setuju tu.. ada yg lain tu pulak kalau DAP tolak hudud dia pun nak tolak jgk.. apa dia hengat DAP ni boleh tolong jawab kt dia ke nanti di akhirat kenapa tolak hudud dibolehkan.. faham ke x ni..

    ReplyDelete
  4. bukan dap sj yg tak boleh jawab diakhirat, ulama pas yg kaki putar belit pun tak boleh! ada faham?

    ReplyDelete
  5. Ini baru betul ulama, yang tak betul tetap ditegur, bukan ular dalam semak yg lebih mementingkan kariernya berpanjangan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...