Wednesday, 28 October 2015

Mahathir Buat Kejutan?

Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa akan mengisytiharkan keluar UMNO selepas segala usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menemui kegagalan.

Dakwaan itu disebarkan menerusi blog Papa Gomo yang yang mendakwa mantan Perdana Menteri itu akan membuat pengumuman tersebut jam lima petang ini di kediaman beliau.

“Tun Mahathir akan mengumumkan keluar parti UMNO pada petang ini jam lima petang di kediaman rasmi beliau,” dakwa Papa Gomo.

Seorang pegawai khas Dr Mahathir ketika dihubungi FMT menafikan dakwaan Papa Gomo itu.
“Tidak,” jawab pegawai itu apabila ditanya adakah benar Dr Mahathir akan keluar UMNO petang ini.

Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi dan masuk semula UMNO setahun selepas itu.




2 comments:

  1. Takkan berkesan. Satu-satunya cara ialah dengan tidak memangkah BN pada PRU14!

    ReplyDelete
  2. Papa Gomo tulis pun kau nak percaya???? Duit Saman Anwar pun dia belum bayar lagi. Dulu prepaid blogger Najib...sekarang nama dh busuk tak tahu sapa nak bayar dia pula. Tak de integrity lagi.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...