Wednesday, 21 October 2015

Kesilapan Tuan Guru Haji Hadi.. Saksikanlah!!

Susulan misi antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah) ke Doha, Qatar dan Istanbul, Turki minggu lalu, satu pertentangan pendapat timbul berhubung kewujudan 2 parti Islam di negara ini berdasarkan pandangan ulama besar Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

 "Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya," kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

Hadi yang juga naib pengerusi kesatuan itu berkata, reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan Hadi yang sedang disebarkan penyokongnya melalui media sosial itu dinafikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya semalam.

Salahuddin berkata, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof baru saja berjumpa Yusuf di Doha pada 17 Oktober, ketika dalam perjalanan pulang dari Istanbul, dan tidak berbangkit langsung perkara itu.

"Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain PAS.

"Bahkan kami berbincang perkara prinsip tentang kejelasan fikrah Islam, kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal Isis (Negara Islam Iraq dan Syria) atau seumpamanya.

"Lalu Yusuf menyokong usaha untuk membetulkan salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam," kata Salahuddin yang baru pulang daripada misi itu, yang bertujuan memperkenalkan Amanah di peringkat antarabangsa, khususnya kepada gerakan Islam.

Misi itu berlangsung dari 13 hingga 18 Oktober dengan delegasi Amanah turut disertai Timbalan Penasihat Umum Abd Ghani Shamsuddin, yang juga ahli pemegang amanah kesatuan ulama dunia itu, dan Bendahari Amanah Asmuni Awi.

Dalam misi itu, mereka turut bertemu dengan setiausaha agung kesatuan ulama itu, Prof Dr Ali Alqaradaghi di Doha pada 13 Oktober.

"Perbincangan antara Amanah dan Ali berlangsung dalam keadaan mesra dan penuh dengan semangat ukhuwah.

"Langkah awal ini sangat penting untuk Amanah terus maju ke depan mendepani cabaran diplomatik antarabangsa," kata Salahuddin.

Bagaimanapun, pemerhati politik melihat kenyataan Hadi itu bercanggah dengan pandangan Yusuf sendiri yang sebelum ini pernah menyatakan hukumnya tidak sebegitu.

Menurut Yusuf dalam kitabnya, fatwa mendakwa kumpulannya saja yang Islam dan kumpulan ditubuhkan selepasnya terbubar merupakan pintu kejahatan dan merosakkan agama.

Sebelum ini, ketika para pemimpin Amanah masih berada dalam PAS, Hadi dalam satu ucapannya di Batu Pahat, Johor meminta mereka meninggalkan PAS.

"Jika mahu jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi imam sendiri," katanya ketika membuat ucapan penggulungan di muktamar tahunan PAS tahun lepas.




15 comments:

  1. kumpulan yang berlainan berjuang kejalan yang sama ok yang menjadi persoalanannya kupulan ini ditubuh bertujuan untuk menjatuhkan kumpulan yang telah lama di tubuh dengan fitnah yang bermacam-macam sanggup bersama musuh yang nyata untuk menjatuhkan yang lain. kembalilah kepada alquran dan hadis janganlah jadi ejan yahudi untuk melemahkan umat islam. allah maha mengetahui setiap apa yang dirancang. saya mengharapkan kumpulan yang baru lebih tegas dalam melaksanakan islam bukan mengikut telumjuk orang kerana telah sampay masanya kita tegas dalam melaksanakan islam. saya percaya islam akan lebih berjaya sekiranay kita bersatu bukan bergabung dan mengharapkan belas orang. aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Syeikh...siapa fitnah siapa??

      Delete
    2. Boleh namakan saya, siapa agen Yahudi tu? Nak tahu juga... sebab selalunya ada pihak tu banyak menuduh namun bukti tidak pernah dikeluarkan. Sila nyatakan siapa agan yahudi tu sebab kami pun sedang bersedia nak serahkan surat saman malu jika ada orang gemar menuduh tanpa bukti.

      Delete
    3. bila kimpulan lama tu dah mula nak terseleweng,,,eloklah dibetulkan,,,kalu degil jugak...elok dipancung semua nya agar org lain selamat drp terseleweng sama
      .

      Delete
    4. Islam hanya boleh berjaya di Malaysia apabila Haji Hadi Awang mengerjakan jawapannya kepada Tuan Ibrahim Tuan Man.

      Delete
  2. Adalah fitnah org mengatakan Amanah ditubuh utk memusnahkan Pas. Sebaliknya pas yg tak mahu bersatu dgn Amanah. Pas tidak patut bergabung dgn perkasa sbb byk buruknya.

    ReplyDelete
  3. Macam biasa. Dia langgar sumpai baiah dia langgar harta wakaf dia langgar hudud (sekiranya pkr dan dap langgar).. lepas tu dia kata TGHH silap.. malas nak layan..

    ReplyDelete
  4. Kalau rasa badan sihat eloklah berjumpa dengan doktor supaya boleh dirawat dan kalau boleh berehat lama sikit.

    ReplyDelete
  5. Aik.. kumpulan mana yang buat fitnah?

    ReplyDelete
  6. Tapi kumpulan lama ada puak yg bermulut longkang yang mem jebon, membarua dan memboo jemaah sendiri. MAKA kerana mulut santan binasa
    jd selamat tinggal kumpulan lama

    ReplyDelete
  7. PAS parti islam? Tapi macamana PAS tak nak sokong undi tidak percaya kepada pencuri wang rakyat??

    ReplyDelete
  8. As salam

    "... kumpulan ini (PAN, NGO lain) ditubuh bertujuan untuk menjatuhkan kumpulan yang telah lama di tubuh dengan fitnah yang bermacam-macam sanggup bersama musuh yang nyata untuk menjatuhkan yang lain."

    Tu jelas 1 ayat pernyataan berbaur tuduhan liar, 1 fitnah & perspektif yang salah !!

    Kembali kepafa Quran & hadith tu dah betul dah..tapi ada syaratnya. Bukan yahudi dulu pun ada dah nabi-2 untuk diikuti & kitab Zabur. Ada ker demer tak bijak & tak tahu kebenaran di sisi Allah? Depa tahu & tapi degil & melawan & buat tafsir (fikrah, doktrin) sendiri selain apa yang dimaksudkan oleh Allah & nabi-2 yg diutuskan.

    Ulamak, ustaz-2 ada ker semua berpaksi ilmu, adab, akhlak yag tepat persis "Ulamak pewaris nabi"... sebab ada sebahagiannya dah tersasar & mengheret peminat@ pengikutnya ke lembah hina & neraka jahanam.

    Hati-hati ler apa yg kita "follow". Takder salahnya berkompromi, mengalah, walau zahirnya nampaknya pihak kita rugi sana sini di dunia ini...BUT durely & slowly in the long run, Islam tetap menang.

    Saksikanlah sesiapa yg bersifat & sikap sombong, kasar, kesat tu menepati ciri-2 calon neraka ! Na'uzubillahi minzalik.

    ReplyDelete
  9. adzlan,

    Pengetahuan am anda terlalu lemah. Tidakkah anda sedar bahawa kumpulan yang telah lama itu diterajui oleh orang yang jahil bacaan politiknya? Sudahlah begitu, dari sudut akhlak dngan suka melabel, sifat ego, memfitnah, ponteng mesyuarat kemudian menolak keputusan mesyuarat dengan kuasa veto kononnya dan banyak lagi perkara yang dilakukannya telah merosakkan reputasi dasar parti. Dia sendiri memberi ucapan, kemudian dia sendiri buat u-turn ataupun kluk klek kluk klek. Saja nak tanya, apa sudah jadi dengan Amanat Hadi Awang yang pernah masyhur satu ketika dulu? Atau anda sendiri tidak tahu, apa itu Amanat Hadi Awang?

    ReplyDelete
  10. pas nak bawa kita menuju kehancuran nak ikut?

    ReplyDelete
  11. Dari artikel diatas dapat mengukuhkan pendapat bahawa ust hadi adalah kaki putar alam. Sekejap kata begini sekejap kata begitu. Saya respek beliau sebagai ulama dalam agama islam tapi bila masuk politik dia out. Pas takkan kemana dibawah pimpinannya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...