Friday, 30 October 2015

Isyarat Jelas Mahathir, Muhyiddin Dan Shafie Afdal Akan Di Gantung?

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan sokongan beliau terhadap keputusan setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan menggantung keahlian mereka yang membuat kenyataan tidak masuk akal dan melanggar perlembagaan parti.

Beliau yang juga menteri pendidikan menegaskan, tindakan perlu diambil ke atas mana-mana individu yang mengkhianati parti.

"Sebagai ahli MT Umno, saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Tengku Adnan. Tindakan mesti diambil kepada sesiapa sahaja yang menjadi gunting dalam lipatan kepada parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mahdzir berkata, parti terbesar Melayu itu memerlukan satu pasukan yang mantap untuk menghadapi pembangkang.

"Kekuatan parti harus menjadi keutamaan dan mereka yang didapati terlibat dalam memporak- perandakan parti mesti dihukum," kata ahli Parlimen Padang Terap itu.

Tengku Adnan sebelum ini berkata, parti itu sudah tidak tahan dengan kenyataan "tidak masuk akal" yang dikeluarkan segelintir ahlinya.

Umno juga katanya sudah “letih” dan “penat” dengan 7 ahli mereka yang ketika ini berada dalam perhatian kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bukan untuk orang awam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada mereka yang disiasat itu mempunyai kedudukan dalam Umno.

Pada 5 Oktober lalu, Tengku Adnan mendedahkan 7 pemimpin Umno sedang dipantau dengan kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap mereka.




1 comment:

  1. Gantung, gantung, cepat gantung..lepas ni makin makin kacau bilau dan pecah belah lah UMNO... horeyyy, yipeee aku memang suka berharap sgt nak tengok UMNO lenyap terus. Baru aman Malaysia klau jembalang UMNO ni terhapus.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...