Thursday, 22 October 2015

Ish!! Malunya Aku Baca Artikel Ni..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bebas ke luar negara dan membuat lawatan walaupun terdapat usaha pihak tertentu cuba membabitkan agensi luar negara menyiasat transaksi syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, usaha yang dilakukan pihak tertentu itu didorong kepentingan politik yang bertujuan merosakkan imej Najib.

"Kebelakangan ini ada usaha dibuat untuk membabitkan agensi luar negara untuk menyiasat transaksi perniagaan 1MDB oleh pihak tertentu dalam negara ini. "Bagaimanapun usaha ini tidak akan menjejaskan tanggungjawab perdana menteri yang menuntut beliau membuat lawatan ke luar negara.

"Usaha pihak tertentu ini sebenarnya didorong kepentingan politik mereka yang bertujuan merosakkan imej perdana menteri dan menjejaskan keyakinan kerajaan dan pelabur asing terhadap kestabilan negara," kata jawapan bertulis itu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik, yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada terdapat risiko beliau mungkin akan mengalami masalah untuk ke luar negara sekiranya terdapat lebih banyak negara menjalankan siasatan terhadap skandal 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...