Monday, 19 October 2015

IPU Terkini Di Malaysia

IPU Terkini Di Malaysia. Muar dan Balok Baru di Kuantan merupakan 2 kawasan terbaru yang dikesan mengalami indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam tadi, masing-masing dengan IPU 106 dan 104.

Bagi bacaan jam 6 pagi tadi, Muar mencatat IPU 127.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU bagi Tanjung Malim dan Kuching yang berada dalam kategori tidak sihat setakat 6 petang semalam, kembali ke paras sederhana malam tadi, iaitu masing-masing 100 dan 97.

Empat belas kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat malam tadi ialah Bandaraya Melaka (132), Bukit Rambai (123), Nilai (129), Port Dickson (121), Seremban (133), Tawau (146), Samarahan (106), Banting (136), Pelabuhan Klang (124), Petaling Jaya (117), Shah Alam (119), Batu Muda (126), Cheras (114) dan Putrajaya (129).

IPU Terkini Di Malaysia

Sebanyak 26 kawasan merekodkan IPU sederhana termasuk Kota Tinggi (68), Larkin Lama (100), Alor Setar (57), Langkawi (52), Indera Mahkota (90), Seri Manjung (91), Perai (67), Bintulu (70), Sarikei (83), Kuala Selangor (92), Kemaman (97), Kuala Terengganu (55) dan Paka (81).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


Lihat IPU Terkini Malaysia di SINI.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...