Tuesday, 6 October 2015

Inilah Nasib Apabila Menentang Big Boss

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan selepas karier yang berwarna-warni selama hampir 35 tahun. Gani genap 60 tahun esok, umur persaraan wajib bagi penjawat awam.

Seorang pegawai perhubungan awam Jabatan Peguam Negara berkata Gani tidak melakukan simbolik mengetip perakam waktu seperti yang biasa dilakukan pegawai tinggi perkhidmatan awam ketika hendak bersara.

"Beliau sudah bercuti sejak 27 Julai lalu sebelum bersara," kata pegawai tersebut kepada The Malaysian Insider.

Gani yang pernah berkhidmat sebagai peguam negara selama 13 tahun bermula 2003, disingkirkan daripada jawatannya secara mengejut pada 27 Julai lalu ketika beliau dilantik sebagai salah seorang anggota dalam pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador semalam berkata, Gani harus tampil menjelaskan isu berkaitan 1MDB, memandangkan beliau dilihat "berdiam diri" selepas dipecat daripada jawatannya.

Hamid berkata, beliau bersimpati dengan nasib Gani dan tertanya-tanya jika bekas ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan itu mempunyai beberapa skandal yang boleh digunakan untuk menjatuhkan beliau.

Gani bagaimanapun tidak menjawab ketika The Malaysian Insider cuba menghubunginya melalui telefon dan mesej teks.

Peguam N Athimulan yang mengenali Gani selama 20 tahun berkata, kerja sebagai peguam negara adalah sesuatu yang membosankan.

"Tetapi beliau menjalankan tugas dengan baik, terutamanya sebagai pendakwa raya," kata peguam yang mewakili pembangkang ketika Gani mengetuai pihak pendakwaan dalam kes melibatkan 30 individu yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong pada 2000.

Gani, graduan universiti tempatan pertama yang memegang jawatan yang berprestij itu, menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu.

Kerjaya Gani bermula pada 15 April, 1980 ketika dilantik sebagai timbalan pendakwa raya di negeri kelahirannya di Kota Kinabalu, Sabah. 

Pada 1985, beliau dilantik sebagai peguam kanan persekutuan di Sabah dan kemudian menjadi ketua pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pada 1994.



1 comment:

  1. dah kenyang dah peduli apa dgn simbolik

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...