Monday, 26 October 2015

Ini Sahaja Cara Membuktikan Pakatan Rakyat Sudah Tidak Wujud

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan, bagi menamatkan perdebatan mengenai sama ada pakatan pembangkang itu masih wujud atau tidak.

Beliau menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan parti Islam itu sendiri. "Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud.

"Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat dan lihat siapa yang akan hadir.

"Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Pua kepada pemberita selepas merakamkan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menegaskan semuanya kini berakhir, beliau berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata malam tadi, Pakatan Rakyat  masih hidup dan dianggotai PAS dan PKR, seperti yang dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik antara mereka di Selangor dan Kelantan.

Tetapi Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pakatan Rakyat  sudah lama terkubur dan satu-satunya perikatan politik yang dianggotai PKR ialah Pakatan Harapan, yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara, parti PAS serpihan.

Saifuddin berkata, empat mesyuarat yang diadakan antara PAS dan PKR setakat ini hanya menyaksikan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa, kerana menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif.

Ditanya mengenai pertemuan antara PAS dan PKR yang dilihat agak kerap, Pua hari ini berkata, bukan hak DAP menghalang dua parti itu dari bermesyuarat.

"PKR boleh bercakap dengan mana-mana pihak yang ia mahu bercakap, kerana ia parti yang lain, ia bukan DAP," katanya.

Tetapi, beliau berkata, jika PAS menyertai Pakatan Harapan, parti itu mesti bersetuju dengan platform dasar bersama gabungan itu yang diumumkan sebaik ia dilancarkan.

"Mana-mana pihak – saya fikir sudah dinyatakan sebelum ini – yang menerima platform dasar bersama kami dan boleh bekerja dalam rangka kerja gabungan itu serta bersetuju dengan perjanjian gabungan itu, boleh menyertai Pakatan Harapan," katanya.

PAS enggan menyertai pakatan baharu tersebut, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerjasama dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan menganggap pemimpin Amanah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.

PKR, dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat pada 11 Oktober lalu memutuskan, keanggotaan Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba dan memasukkan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertai mereka. 



7 comments:

  1. Apa yang ditunggu lagi, cepat adakan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat seperti yang dicadangkan itu. Aku pasti yakin, apa yang dijangkakan oleh Tony Pua itu akan berlaku.

    ReplyDelete
  2. Jika PAS dakwa PR masih ujud dan PKR juga menyahut dengan dakwaan tersebut ini bermakna pembangkang akan jadi haru biru pabila perletakan wakil calun yang akan bertanding dalam PRU14 nanti akan bertembung sesama sendiri,mahukah PKR membantah jika PAS meletakan calun mereka dimana calun DAP bertanding dan begit juga sebaliknya jika DAP pula meletakkan calun mereka bila calun PAS bertanding ,ini mungkin akan berlaku pabila PAS meletakan calun bukan melayu dikawasan cina dan DAP meletakkan calun melayu dikawasan PAS yang bermejoriti ikut etnik,yang akan rugi PH sendiri ,ingatlah jika beginilah pendirian PKR besar kemungkinan PAS akan memusnahkan PH dan rakyat khusunya.

    ReplyDelete
  3. Timbalan Presiden masih menaruh harapan terhadap PR namun Presiden dan geng2nya merasakan mereka sudah kuat dan tidak memerlukan PR maka kenyataan yang dikeluarkan seringkali bercanggah. Anggaplah apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan selain Presiden parti sebagai lawak sahaja. Jangan anggap serius.

    ReplyDelete
  4. Buat mesyuarat, jemput orang berkenaan daripada setiap parti bincang sama ada masih hidup atau mati, kalau dah mati hidupkan semula dengan lebih kemas dan utuh, sekarang pakatan pembangkan seperti tidak bertapak di bumi.

    ReplyDelete
  5. Buat mesyuarat, jemput orang berkenaan daripada setiap parti berkenaan bincang sama ada masih hidup atau mati, kalau dah mati hidupkan semula dengan lebih kemas dan utuh, sekarang pakatan pembangkan seperti tidak bertapak di bumi.

    ReplyDelete
  6. makasih bos infonya dan salam sukses

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...