Wednesday, 7 October 2015

Berita Fitnah Tersebar Lagi?

Pas tidak terlibat dengan gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivitis PKR untuk menubuhkan parti baharu seperti yang didakwa ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, Pas tidak pernah terfikir untuk ‘kacau daun’ parti lain apatah lagi parti itu sendiri telahpun mengalami perpecahan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan Chegubard). Pas memang tidak pernah terfikir nak ‘kacau daun’ parti lain.

“Pas sendiri pun dah berpecah. Pas ini parti Islam dan (jika dilihat) Amanah pun hasil dari serpihan Pas,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Chegubard yang menyatakan ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis PKR untuk menubuhkan parti baharu.

Dia mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.

Chegubard turut mendakwa kemungkinan usaha terancang itu turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang dan membayangkan Pas terlibat dalam usaha itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dia tidak percaya ahli Pas akan bertindak membantu PKR menubuhkan parti baharu.

“Maaf saya tidak percaya,” katanya dalam pesanan ringkas kepada FMT.

FMT difahamkan gerakan menubuhkan parti baharu oleh ahli PKR kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan yang menyingkirkan Pas.

Sesetengah pemimpin PKR masih ‘sayangkan hubungan dengan Pas’ kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi PKR adalah majoriti pengundi Melayu dan memerlukan bantuan jentera pilihan raya Pas.



4 comments:

  1. Kah kah kah ........ yg membantu perpecahan PKR ialah blogger2 mcm admin, mountdweller, yong puaka kuning, alhusyeen, malaysia waves, greenboc dsbnya ......... depa ni suka melaga2kan PR dan jadi batu api serta pencetus fitnah hingga PR berpecah dan lemah ........ syabas ! teruskan usaha 'murni' anda !

    ReplyDelete
  2. Eloklah bloger/facebooker atau sesiapa ahli/penyokong PAS tak payah nak bahaskan perkara ini. Kita tumpu mengutkan barisan kita, dan mengemas gerak kerja kita. Biar apa mereka nak kata....ok

    ReplyDelete
  3. Aktiviti Politik skrg tak boleh disembunyikan...akan keluar juga bahan bukti.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...