Monday, 26 October 2015

Berita Amat Memalukan Umat Melayu.. Saksikanlah

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sedia untuk berperang, jika perlu, bagi mempertahankan maruah orang Melayu dan pemimpinnya, kata Presidennya Tan Sri Ali Rustam hari ini.

Bercakap pada perasmian Wisma Silat Gayong di Kuala Lumpur hari ini, Ali mengingatkan orang Melayu, mereka mesti hidup dengan "bermaruah".

Pesaka merupakan satu daripada peserta utama Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September, juga dikenali sebagai perhimpunan baju merah, yang dianjurkan sebagai bertindak balas kepada perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, yang menurut mereka menghina integriti bangsa Melayu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada asalnya dijadualkan merasmikan bangunan Silat Gayong baru itu, tetapi beliau tidak dapat hadir dan diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Kami hendak memberikan satu pernyataan orang Melayu yang mempunyai seni silat masih berada di Kuala Lumpur ini," kata bekas ketua menteri Melaka itu.

"Kami bukan hendak berperang, tetapi jika mereka hendak berperang, kami akan pergi berperang," katanya.

Ali berkata, orang Melayu "dihina" 4 kali di Kuala Lumpur, merujuk kepada empat perhimpunan Bersih sejak 2007, yang semua menggesa supaya reformasi pilihan raya dilakukan.

Katanya, kejadian ketika Bersih 4 di mana beberapa peserta memijak gambar Najib adalah satu contoh bagaimana pihak-pihak tertentu menghina Melayu, pemimpin, perlembagaan dan Raja-raja Melayu.

"Tidak ada gunanya kita ada duit jika kita tidak mempunyai nilai diri," katanya.

Beliau berkata, Pesaka bukan bertujuan mencari masalah, tetapi sekadar menuntut supaya Melayu tidak dihina.

Beliau juga menyifatkan perhimpunan 16 September lalu sebagai berjalan dengan aman.

"Sebab itu kita adakah satu perhimpunan aman untuk menunjukkan penyokong silat masih berada di Kuala Lumpur; untuk menunjukkan orang Melayu masih berada di Kuala Lumpur," katanya.

Perhimpunan 16 September itu dicemari dengan kain rentang dan sepanduk yang mengandungi kata-kata berapi dan berbaur perkauman serta melihat detik-detik tegang apabila peserta naik marah dengan soalan yang dikemukakan beberapa wartawan.

Polis rusuhan juga menyembur air mengandungi bahan kimia ke atas sekumpulan peserta perhimpunan yang cuba mencetuskan pergaduhan dengan melanggar sekatan polis untuk masuk ke Jalan Petaling, kawasan yang didominasi peniaga Cina, yang tidak dibenarkan. 




5 comments:

  1. Nak tunjuk hebat hang ni pandai bersilat ke. Bersilat di mulut pun tergigit lidah.

    ReplyDelete
  2. Perang? Bertempur je kot. Kalau nak berperang pi belajar dulu ilmu dan peraturan.... perlu diingat insurans tak tanggung kerosakan akibat peperangan.

    ReplyDelete
  3. Wei ali kamu ni banyak sangat makan taik hidung.dari dulu sampai sekarang sape yang perintah malaysia ni.umnu yang perintah,singapura kamu lepaskan,pulau batu putih kamu lepaskan lepas tu klaim melayu ada ada duit,melayu mana yang ada duit ni? Cuba citer sikit. Sape yang ramai sekali penerima brim orang cina ke? Emalu yang ada duit cuma pemimpim 2 umnu yang korup sedangkan rakyat hanya untuk di pijak saja kepala mereka.

    ReplyDelete
  4. Buat apa nak berperang. Raja Melayu, PM Melayu, Panglima Perang Melayu, Gabenor Bak Melayu, Peguam Negara Melayu, Ketua Hakim Melayu, Ketua Polis Melayu, SPRM Ketuanya Melayu, Suruhanjaya pun Pengerusi Melayu. Mentri Besar majoritinya Melayu, Islam agama rasmi, Bahasa Malaysa bahasa rasmi - yang tak dilaksanakan itu apa hal? Ini kes Melayu gigit Melayu. Masaalahnya ialah operasional (Pentadbirannya) bukan dasarnya keranan dasarnya sudah jelas. Contohnya, rang undang0-undagn masih guna bahasa inggerris - undng2 x bole Bahasa Melayu. Bukankah Bahasa Malayu untuk SPM wajib lulus malahan sepatutunya harus dapat B bukan C utl lulus. Jadi nak perang dengan siapa?????

    ReplyDelete
  5. Sanjungan bukan bolih diminta2 atau memaksakan orang lain menyanjung kita. Respect is earned not demanded. Come on brother Ali...jangan memalukan orang melayu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...