Friday, 16 October 2015

Akhirnya Punca Sebenar Anak Orang Asli Hilang Terbongkar

Akhirnya Punca Sebenar Anak Orang Asli Hilang  Terbongkar. Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.

"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Akhirnya Punca Sebenar Anak Orang Asli Hilang  Terbongkar

Mengulas lanjut, Mazlan berkata pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.

"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).

Beliau berkata rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temu bual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.





Klik video di SINI dan di SINI.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...