Tuesday, 22 September 2015

Umno Selangor Menggelupur Dengar Berita Ini?

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak boleh dikatakan memfitnah pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Azahar Mohamed, ketika menyampaikan keputusan sebulat suara panel 5 hakim berkata mahkamah bersetuju keputusan Mahkamah Rayuan bahawa perkataan-perkataan yang dikatakan memfitnah mampu membawa makna munasabah yang dimaksudkan oleh Pua.

"Keputusan itu jelas wajar dan betul berasaskan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

"Tidakpun ditunjukkan kepada kami bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tentang isu ini adalah bertentangan dengan kekuatan bukti atau berlawanan dengan apa cara pun, hingga memerlukan campur tangan kami," kata beliau.


Semasa menolak rayuan Syabas, Azahar berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Pua berjaya dalam mempertahankan justifikasi.

Beliau berkata Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa berasaskan keterangan saksi perkataan yang dikatakan memfitnah mampu membawa makna munasabah yang dimaksudkan oleh Pua.

Dalam penghakimannya, Azahar bagaimanapun berkata, Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan silap bila memutuskan bahawa Pua berjaya dalam pembelaan perlindungan bersyarat "Reynolds Privilege" sebagaimana disebut dalam undang-undang fitnah Inggeris Reynolds lawan Times Newspaper Ltd.

Beliau berkata Pua gagal memenuhi syarat kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil langkah bertanggungjawab dan adil dalam mengumpul, mendapatkan pengesahan dan menerbitkan perkataan yang dipersoalkan dan Mahkamah terlepas pandang perkara berkenaan.

Beliau berkata Mahkamah Rayuan gagal mengambil kira pengetahuan Pua mengenai kedudukan dan kegagalan sebenar Syabas untuk mendedahkan fakta itu mencerminkan tingkah lakunya yang tidak wajar dan bertentangan dengan konsep kewartawanan bertanggungjawab. 

Azahar berkata ia adalah elemen genting dalam pembelaan "Reynolds Privilege" yang Pua perlu tunjukkan bahawa langkah bertanggungjawab dan adil telah dibuat bagi mengambil, mendapatkan pengesahan dan menerbitkan maklumat, dan adalah tidak memadai menaruh kepercayaan jujur bahawa kenyataan itu adalah benar.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...