Tuesday, 15 September 2015

Patutlah BN Haru Biru.. Ini Puncanya


Parti-parti komponen BN tidak sependapat dalam isu perhimpunan Rabu ini tetapi bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu itu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

“Ada yang lahirkan kebimbangan. Ada kata tak setuju. Ada kata 16 September tak sesuai dan sebagainya.

“Sebagai pengerusi BN saya menghormatilah pandangan-pandangan yang telah pun disampaikan rakan-rakan dalam BN.


“Sekiranya pertemuan tersebut nak diadakan, maka dia mesti patuh pada undang-undang sedia ada,” kata Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini.

Beliau yang juga perdana menteri mengingatkan orang ramai patuh kepada polis dan undang-undang.

“(Ini) termasuk (kesalahan) akta hasutan. Maknanya tak boleh bawa poster-poster berbaur perkauman, bawa isu yang dianggap hasutan ataupun perkauman.

“Dan tak boleh berlaku apa-apa pengeseran atau perbalahan,” katanya.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...