Friday, 25 September 2015

Saksi Kejadian Dedah Punca Sebenar Tragedi Rempuhan Di Mina

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 jemaah haji di Mina petang semalam, berlaku berikutan pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. 

Jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, cuaca panas serta keterujaan jemaah juga menyumbang kepada bencana itu yang dianggap paling buruk dalam sejarah 20 tahun musim haji.

Menurutnya, tiada petunjuk pihak berkuasa haji Arab Saudi patut dipersalahkan dalam kejadian malang itu. Menurutnya, Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman sudah mengarahkan siasatan menyeluruh kejadian berkenaan. 

Sementara itu, dua jemaah yang terselamat dalam kejadian itu juga berkata, tragedi berlaku akibat pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. Jemaah dari Mesir, Abdullah Lotfy, 44, berkata dia nampak seorang jemaah jatuh ke atas jemaah berkerusi roda dan beberapa lagi jemaah jatuh ke atas mereka. 

“Mereka yang jatuh kemudian saling memanjat atas jemaah lain untuk keluar dari bawah timbunan manusia dan pada masa sama, semakin ramai yang jatuh,” katanya. 

Menurutnya, pertembungan itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa pihak Arab Saudi tidak melakukan persiapan. - AP


717 jemaah mati, 805 cedera dalam rempuhan di Mina
Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala yang cedera meningkat kepada 853, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi. 
Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah. 
Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah. 
Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi. 
Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum acara kemuncak musim haji bermula. 
Sumber

Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Sources revealed that the convoy of Saudi Arabia's Deputy Crown Prince and Defense Minister Mohammad bin Salman Al Saud caused panic among millions of pilgrims and started the stampede that has so far claimed the lives of 1,300 in Mina, near Mecca, on Thursday.

    "The large convoy of Mohammad bin Salman Al Saud, the King's son and deputy crown prince, that was escorted by over 3,50 security forces, including 200 army men and 150 policemen, sped up the road to go through the pilgrims that were moving towards the site of the 'Stoning the Devil' ritual, causing panic among millions of pilgrims who were on the move from the opposite direction and caused the stampede," several Arab papers, including the Arabic language al-Dyar newspaper, disclosed on Thursday evening.

    "That's why the ruler of Mecca has distanced himself from the case, stressing that the issue should be studied and decided by the King," it added.

    No other source has yet confirmed the report, but observers said the revelation explains why two of the roads to the 'Stoning the Devil' site has been closed.

    Eye witnesses said earlier that the Saudi police and security forces had closed two of the few roads to the stone column that were to be used by millions of pilgrims to do the 'Stoning the Devil' ritual in Mina today.

    The stampede during one of the last rituals of the Hajj season killed more than 1,300 people and left over 2,000 of others wounded.

    ReplyDelete
  2. sumber di atas diambil dari akhbar diyar /arab lubnan dipetik semula oleh fars news agency/berita atas dan dipetik juga oleh iribindonesia

    ReplyDelete
  3. video caravan tersebut dipercayai ada cari sendiri

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...