Tuesday, 8 September 2015

Sah Kereta Terbakar Milik Kevin Morais


Polis mengesahkan hampir 99 peratus siasatan yang dilakukan terhadap kereta yang terbakar adalah milik Kevin Anthony Morais yang masih lagi hilang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi FMT.

Zainuddin bagaimanapun berkata, pihaknya belum boleh mengesahkan secara rasmi kerana ada maklumat belum lengkap terutama nombor casis pada enjin yang telah terbakar.

“Kita tak boleh dedahkan maklumat siasatan yang sedang dibuat kepada orang awam kerana keseluruhan siasatan ini masih memerlukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengesahkannya dengan tepat,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Zainuddin melahirkan rasa kesal dengan tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan polis sengaja melambat-lambatkan siasatan terhadap kes itu.

Katanya, mereka tidak tahu kesukaran yang sedang dihadapi pihak polis bagi mendapatkan bukti untuk mencari kebenaran dalam merungkai kes yang boleh dianggap misteri itu.

Kevin dilaporkan hilang pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta.

Dia sebelum ini dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan sebelum dipulangkan semula ke ke Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan pada 15 Julai lalu.

Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...