Friday, 4 September 2015

Rupanya Ini Tindakan Pada Muhyiddin Pada Mesyuarat MT Umno Nanti?


Rupanya Ini Tindakan Pada Muhyiddin Pada Mesyuarat MT Umno Nanti? Tan Sri Muhyddin Yassin dijangka tidak akan dipecat daripada UMNO sebaliknya beliau dikatakan digantung tugas sebagai Timbalan Presiden sehingga 2018. Tugas beliau akan dipangku oleh dua Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber-sumber memaklumkan kepada FMT, Majlis Tertinggi UMNO (MT) yang akan bermesyuarat 9 September ini dijangka membuat keputusan itu kerana mahu mengelak perpecahan lebih teruk dalam UMNO.

MT juga dijangka akan mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO.

Sumber itu juga memberitahu, keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli UMNO terus kekal walaupun bekas Perdana Menteri menyertai Bersih 4.0 baru-baru ini.


Ketika ini, khabar angin tersebar yang mendakwa Muhyiddin bersama enam yang lain akan dipecat dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.

Mereka ialah Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris.

Rupanya Ini Tindakan Pada Muhyiddin Pada Mesyuarat MT Umno Nanti? 

Sementara itu, Berita Harian Online melaporkan, Mukhriz menggangap khabar angin mengenai pemecatannya bersama enam pemimpin lain UMNO lain sebagai perkara yang tidak wujud.

Mukhriz turut mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai soal pemecatannya sebagai Menteri Besar Kedah daripada UMNO Pusat.

“List (senarai) ni macam-macam, …tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

“Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat.

“Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen-komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK).

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz menasihatkan MT supaya tidak menggugurkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada jawatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan memecat atau menggantung dua tokoh itu sebagai langkah tidak bijak

“Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan ahli parti, seterusnya melemahkan parti,” katanya yang dipetik daripada Astro Awani.

Sumber


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...