Saturday, 26 September 2015

Rupanya Bukan 717 Angka Korban Tragedi Rempuhan Di Mina..

Iran mendakwa jumlah angka korban dalam insiden di Mina sekali ganda lebih ramai daripada angka dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi.

Ketua Pertubuhan Haji dan Jemaah Iran, Sa’eed Ohadi berkata, korbannnya mencecah lebih sekali ganda di mana 1,500 nyawa terbunuh.

Dia juga mengesahkan dalam kejadian pada Khamis itu, sekurang-kurangnya 125 daripada mangsa membabitkan warga negara itu.

Dalam kenyataannya, Riyadh mengesahkan 717 jemaah terkorban manakala 863 yang lain cedera ketika mereka sedang berpusu-pusu untuk melontar Jamrah.


Susulan insiden ketiga di musim haji tahun ini, Iran juga menuding jari kepada Arab Saudi yang dikatakan gagal menyediakan kawalan keselamatan kepada mereka yang melaksanakan ibadat itu.

Sebelum ini, Penjaga Dua Tanah Suci itu menyalahkan jemaah yang dituduhnya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan.



Iklan B (ii)



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...