Thursday, 10 September 2015

Rahsia Pahlawan Bugis Umno Terbongkar..


Rahsia Pahlawan Bugis Umno Terbongkar. Bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin menyindir Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan menggunakan pintu belakang untuk masuk ke bilik mesyuarat bagi mempengerusikan Mesyarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Rabu di PWTC.

Anina yang dipecat selepas mengheret Najib ke mahkamah berkata, tindakan Presiden UMNO menggunakan pintu belakang untuk masuk dan keluar jelas menunjukkan beliau sedar tiga juta ahli UMNO tidak menyokongnya.

“Tindakan Datuk Seri Najib untuk masuk dan keluar dari PWTC melalui pintu belakang adalah bukti kukuh Datuk Seri Najib tidak di sokong oleh kesemua tiga juga ahli UMNO. Datuk Seri Najib mengakui hal ini dengan tindakan beliau tadi,” katanya kepada Free Malaysia Today.


Anina berkata, keadaan sebaliknya berlaku kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut sebagai pemimpin nombor satu parti sewaktu beliau menghadiri mesyuarat.

Rahsia Pahlawan Bugis Umno Terbongkar

Katanya, sambutan yang luar biasa diberikan kepada Muhyiddin telah mencalar imej Najib sebagai Presiden UMNO.

“Adalah pelik apabila Tan Sri Muhyiddin yang dianiayai telah masuk pintu PWTC dengan sorakan sebagai pemimpin besar, sedangkan Presiden terpaksa menyelinap masuk dan keluar melalui pintu belakang.

“…Jatuhlah maruah Presiden UMNO apabila Timbalan Presiden lebih dimuliakan oleh ahli berbanding dirinya,” katanya.



Iklan B (ii)







1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...