Saturday, 26 September 2015

Berita Gempar Hari Ini

Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang akan dipanggil ke Wisma Putra berikutan lawatannya ke Jalan Petaling semalam dan amarannya kepada mereka yang menggunakan kekerasan untuk mengganggu ketenteraman awam di negara ini.

Memetik pegawai Wisma Putra, The Star Online melaporkan Kementerian Luar akan mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataannya yang dilihat seakan mencampuri urusan dalam negara Malaysia.

Portal itu berkata, Pejabat Perdana Menteri juga dimaklumkan mengenai perkara itu.

Malaysia memandang serius kenyataan beliau. Ia sama seperti mencampuri hal ehwal dalaman negara Malaysia," pegawai yang tidak dinamakan itu dipetik berkata oleh laman web berita Bahasa Inggeris itu.


Huang dilaporkan The Star sebagai berkata pada Jumaat, kerajaan China menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi yang berasaskan kaum.



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...