Sunday, 20 September 2015

Pendedahan Mengejutkan Polis

Pendedahan Mengejutkan Polis Tentang Kematian Kevin Morais. Sikap dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam.

Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun yang membuat laporan polis.

Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.


Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia diculik.

Pendedahan Mengejutkan Polis Tentang Kematian Kevin Morais

Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.

Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.

Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.

Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.

Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat.

Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram.


Iklan B (ii)







9 comments:

  1. Rakyat M'sia seolah2 sudah hilang pertimbangan dan kewarasan .....dari pringkat VVIP, pertengahan hinggalah gulungan Marhaen ....... mengejar dunia melebihi dari segala2nya.

    ReplyDelete
  2. polis tak boleh menyalahkan umum. tindakan polis sendiri yg gagal menurut sop patut dipersalahkan.

    polis memecah masuk rumah dan menahan org tanpa waran.
    bertindak tanpa menunjuk kad kuasa.

    cth -
    wanita yg ditembak bersama rakan2 dlm kereta tanpa sbrg amaran. rakan2 beliau maut. beliau cacat dan berjaya menyaman kerajaan.
    polis telah menculik hishamuddin rais sms beliau dlm perjalanan di dataran merdeka utk menyertai satu himpunan.

    ReplyDelete
  3. Dimalaysia lain macam undang2nya takut yg salah terlepas yg jadi saksi buat report disabit pula kesalahan. Tak kan cacamarba namanya.

    ReplyDelete
  4. Dirancang? Ada kaitan dengan kes yg beliau siasat? Haha

    ReplyDelete
  5. sapa nk buat repot kalau yang merepot kes yang ada semua kena tangkap pak polisi.lebih baik diam je biar polis sendiri cari ,apa guna dibayar gaji tapi buzt kerja pada tuan BN je

    ReplyDelete
  6. Rakyat bukan tidak prihatin...tetapi penjenayah depan mata, laporan polis dubuat, tetapi yang kena siasat dan tangkap adalah pelapornya.

    Integriti keadilan polis dalam tangani isu krisis politik terkini wajar dinilai semula supaya masyarakat masih memandang tinggi dan berkeyakinan keoada PDRM..

    ReplyDelete
  7. macam mana masyarakat nak ambil tahu ttg orang lain, jika ambil tahu kena tangkap polis. Contohnya bila masyarakat nak ambil tahu ttg dakwaan bhw Najib ada duit 2.6 billion, maka orang diugut olih polis....maaflah kita duduk dalam negara polis....

    ReplyDelete
  8. Di malaysia, siapa berani buat laporan? Ikut pemerhatian terkini, orang yang melapor yang akan ditahan dan disiasat.... jadi siapa berani nak buat laporan? Polis manalah yang buat statement ni.... dia lupa apa geng dia dah buat dalam kes 1mdb. LOL

    ReplyDelete
  9. Mcm kes khairuddin, apa dah jadi, beliau buat demi nak selamat negara, dlm negara undang-undang semakin teruk dan saya bimbang sampai satu tahap rakyat akan guna undang2 sendiri hasil dari tindak tanduk pdrm.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...