Wednesday, 16 September 2015

Pejabat Peguam Negara Bakal Dakwa 1MDB?


Pejabat Peguam Negara Bakal Dakwa 1MDB? Pendakwaraya persekutuan Switzerland hari ini berkata, Malaysia bersetuju untuk mengatur sesi kepada penyiasat negaranya bagi mengambil keterangan beberapa saksi dalam siasatan mereka berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ketuanya, Michael Lauber, hari ini bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk membincangkan "kerjasama" dalam kes 1MDB.

Menurut kenyataan itu, kerjasama antara Malaysia dan Switzerland dianggap sebagai penting kepada siasatan yang dijalankan mereka.

Pejabat Peguam Negara Bakal Dakwa 1MDB? 

Lauber ketika ini sedang menghoskan mesyuarat Persatuan Pendakwaraya Antarabangsa di Zurich. Switzerland tidak mengenal pasti saksi yang akan disoal siasat sebenarnya dan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk menguruskannya.


Pejabat Lauber berkata mereka sudah membekukan aset "berjumlah puluhan juta dolar AS" dalam akaun bank Switzerland yang berkaitan dengan siasatan itu.

Pejabat itu juga berkata pada 14 Ogos lalu, mereka sudah membuka kertas prosiding jenayah terhadap 2 pegawai 1MDB dan seorang individu yang tidak dikenali berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. 

Siasatan berdasarkan dua transaksi yang mencurigakan ditemukan oleh agensi pencegahan pengubahan wang haram Switzerland.

Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...