Monday, 21 September 2015

Patutlah Najib Mengadap Sultan Johor.. Ini Sebabnya?


Patutlah Najib Mengadap Sultan Johor.. Ini Sebabnya? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, menurut laporan The Star Online. Portal berita itu melaporkan, Najib bertemu pemimpin negeri Johor itu selama sejam di Istana Bukit Serene.

Katanya, kedua-duanya makan tengah hari di Danga Bay dan melawat projek di sepanjang pantai Johor Baru, yang kebanyakannya dibangunkan pemaju Cina, Country Garden.

Portal itu berkata, ini merupakan mesyuarat pertama Najib dengan Sultan Ibrahim selepas rombakan Kabinet pada akhir bulan Julai apabila perdana menteri menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ahli Parlimen Pagoh.


Ia turut melaporkan yang Najib akan menghadiri satu majlis Umno di Muar petang ini. Selepas Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet, beliau mengadakan pertemuan dengan Sultan.

Patutlah Najib Mengadap Sultan Johor.. Ini Sebabnya? 

Ketika negara menyambut Hari Malaysia pada 16 September lalu, yang juga merupakan hari diadakan perhimpunan baju merah, Sultan Johor dengan tegas memerintahkan mereka yang bersifat perkauman dan saling membenci untuk keluar dari negeri itu.


"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

"Mereka yang mengamal sikap ini, dinasihatkan supaya keluar dari Johor Darul Ta’zim serta-merta, kerana Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India.

"Ini adalah satu perintah – jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor," tulis baginda.

Sultan Ibrahim juga sebelum ini memberi amaran kepada ahli politik agar tidak campur tangan dalam hal ehwal istana atau membuat kenyataan yang berkaitan dengan istana.

Anaknya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Tunku Ibrahim, juga lantang bersuara mengenai isu semasa, termasuk menyentuh keadaan bola sepak negara.


Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Daulat tuanku..nyahkan pemimpin rasis..perasuah dan penyamun hak rakyat.

    ReplyDelete
  2. Guru perempuan Cina menghina murid Melayu di dalam kelas disebuah sekolah menengah di Johor kecoh di media sosial selepas pilihanraya ke 13,kenapa tak halau cina rasis itu dari Johor?

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya yang dipertuan agung juga harus membuat pengumuman yg sama..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...