Saturday, 26 September 2015

China Warning Malaysia Pasal Himpunan Merah?

Sehari sebelum himpunan diuar-uarkan akan diadakan di Jalan Petaling, Duta China Huang Hui Kang melawat kawasan itu hari ini.

Selepas meluangkan masa kira-kira sejam melihat pusat komersial yang didominasi peniaga Cina di situ, Huang memberitahu media, negaranya menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.

"Tiada mana-mana pihak berhak memperlekehkan undang-undang atau menghina undang-undang."Kerajaan China sentiasa menghormatoi kewujudan bersama secara aman melalui hubungan antarabangsa dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain."


Berhubung dengan percanggahan kepentingan China, pelanggaran hak undang-undang dan kepentingan rakyat serta warga China yang mungkin merosakkan persahabatan antara China dan Malaysia, kita tidak akan leka," kata Huang.

Lawatan Huang ditemani pemimpin Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur.






Iklan B (ii)






5 comments:

  1. melayu takut ke...

    ReplyDelete
  2. Pas ni dengar kabar angin Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia akan melawat Little India dan Kedutaan Besar Republik Indonesia ingin melawat kawasan chow kit... iya atau tidak saya tak tau..

    ReplyDelete
  3. Cuba tanya duta cina tu... Apa cina buat dgn etnik islam ughur di negara meraka. Cina malasia patut sedar diuntung.

    ReplyDelete
  4. Di negara cina mereka bunuh orang islam etnik ughur sesuka hati. Berpuasa pun tak dibenarkan. Cina di malasia sangat beruntung. Sedarlah diri wahai cina malaysia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...