Tuesday, 29 September 2015

Patutlah Duta China Lawat Petaling Street.. Ini Punca Sebenar?

Isu kenyataan Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang berkenaan perhimpunan “baju merah” menunjukkan kegagalan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kegagalan Najib menyebabkan kuasa asing terasa perlu untuk campur tangan di dalam isu politik tempatan.

“Ini juga jelas membuktikan bahawa reputasi negara ini, yang pada suatu ketika dulu dijadikan contoh negara-negara membangun, telah tercalar.

“Perkara itu tidaklah terjadi sekiranya Najib Razak dan pihak kerajaan menunjukkan kepimpinan yang baik, serta berprinsip dan lebih tegas di dalam kes “baju merah” yang bagaikan sudah tidak terkawal.

“Sebaliknya apa yang kita saksikan adalah ramai ahli kepimpinan di dalam pentadbiran dan parti UMNO yang mengeluarkan kata-kata yang bercanggah dan tidak benar, termasuklah Perdana Menteri sendiri,” katanya dalam kenyataan media.

Nik Nazmi berkata, Malaysia amat memerlukan kepimpinan yang berketerampilan dan berprinsip sekiranya kita hendak memulihkan keadaan dan mengembalikan kegemilangan negara ini di persada dunia.

Dalam masa sama, Nik Nazmi berkata, tindakan Dr Huang mungkin telah melampai batas yang bersesuaian dengan seorang ahli diplomat.

Katanya, China, melalui wakilnya ke Malaysia, bagaikan memberi isyarat bahawa mereka sudah bersedia menyatakan pendirian berkenaan perihal negara lain.

“Oleh itu kami juga berharap agar negara China sendiri sudah bersedia untuk menerima teguran dan komentar daripada warga dunia berkenaan pelbagai isu di negara mereka, termasuklah mengenai cara mereka mengendalikan aktivitis-aktivis pro-demokrasi, masyarakat Muslim Uighur dan warga Tibet,” katanya.

Sumber


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...