Tuesday, 22 September 2015

Najib Tersentap Dengan Statement Panas Ini?

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata hari ini, orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

Beliau melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan. "Ketika ini, kita tahu orang ramai mahukan jawapan dalam persoalan ini. Dan mereka berhak untuk mendapatkan jawapan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sesi dialog mengenai kemas kini ekonomi 2015 anjuran Pemandu di Sasana Kijang hari ini.

Zeti berkata beliau yakin siasatan yang berjalan akan membuahkan hasil, sambil menegaskan aspek siasatan BNM terarah kepada percanggahan kelulusan yang dibuat oleh 1MDB.


"Semua siasatan ini sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.

"Siasatan ini sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Mengenai isu pengubahan wang haram, Zeti berkata masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu tersebut dengan beberapa langkah tegas sudah diambil.

"Masyarakat antarabangsa sudah bersatu, mereka ini FATF (Financial Action Task Force), mereka sudah bersatu untuk menangani isu berkaitan pengubahan wang haram.

"Jadi, kamu akan dapat lihat oleh komuniti antarabangsa selepas beberapa insiden berkaitan dengan keganasan," katanya.

Menurut Zeti, Malaysia berada dalam kedudukan yang agak baik dalam penilaian yang dibuat, sambil menegaskan pesalah yang terlibat dalam pengubahan wang haram tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan.

"Dalam dunia sekarang, tidak ada orang dalam planet ini yang boleh bersembunyi," katanya.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...