Wednesday, 16 September 2015

Najib Tergamam Dengar Berita Ini?


PKR hari ini memfailkan rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi memecat Datuk Seri Najib Razak ekoran tindakan terbarunya yang dijangka akan menambah hutang negara.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, langkah itu dibuat susulan pengumuman Najib yang ValueCap Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, akan membelanjakan RM20 bilion bagi membeli saham dalam bursa bagi merangsang pasaran saham.


"Sehingga kini, rakyat tidak dimaklumkan dari manakah dana RM20 bilion ini akan diperolehi untuk disuntik ke dalam ValueCap.

"Umum mengetahui kerajaan Malaysia berdepan dengan defisit belanjawan sejak 1999 dan tidak mungkin mempunyai ruang fiskal untuk memperuntukkan sejumlah RM20 bilion bagi tujuan yang diumumkan semalam.

"Remedi sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan perdana menteri," katanya sambil memaklumkan beliau memfailkan satu RUU persendirian hari ini bagi menghalang orang yang sama memegang kedua-dua jawatan menteri kewangan dan perdana menteri.

"Hanya dengan peletakan jawatan Najib sebagai menteri kewangan barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih," katanya dalam satu kenyataan.



Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Ya betul. Hari ini DSN letak jawatan. esok pasaran saham index nail 2000. FGV naik rm8. USD turun rm1.50. SGD turun rm0.80. Lets be real. DSN turun atau tidak hanya akan membaiki sentimen sahaja. Kenaikan dan penurunan atas faktor2 lain yang lebih besar.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...