Thursday, 17 September 2015

Najib Mungkin Sorok Muka Selepas Ini?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini.

Menyampaikan mesej itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, Najib juga terkejut serta terharu dengan apa yang berlaku pada Himpunan Rakyat Bersatu tadi.

"Saya baru lepas bercakap dengan perdana menteri. Beliau terkejut dan terharu dengan himpuman seaman ini," katanya kepada peserta perhimpunan di Padang Merbok.

Perhimpunan hari ini diadakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk menyatakan sokongan kepada Najib serta menunjukkan kemarahan mereka apabila "bangsa Melayu dihina".

Mereka juga marah dengan insiden peserta BERSIH 4 memijak gambar Najib bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perjuangan awal Melayu

Berbeza daripada kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Annuar berkata perhimpunan tadi dihadiri seramai 250,000.

Noh berkata, seramai 200,000 orang hadir hari ini.

Annuar menganggap perhimpunan yang diadakan tadi adalah "perjuangan awal orang Melayu".

"Jangan kedudukan kita sebagai Melayu, hak (kita) dipertikaikan dan dipersendakan.

"Ini bukan pesta biasa. (Ini) suara 250,000 jadikan ini sebagai peringatan... negara ini bertuan. Harap ia tidak berakhir di Padang Merbok, sebaliknya sebagai satu permulaan," katanya.

Pengerusi MARA itu turut membacakan resolusi yang dipersetujui oleh seluruh peserta himpunan iaitu:
* Mempertahankan demokrasi berparlimen yang luhur
* Memupuk perasaan hormat dan cinta kepada bangsa Malaysia
* Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan negara
* Rakyat menolak cuvanis ala DAP
* Rakyat menolak campur tangan individu atau negara asing dalam hal ehwal negara
* Menolak himpunan ala BERSIH
* Bersatu menolak agama Islam dihina.
* Bersatu menyokong kerajaan
* Bersatu mempertahankan kesatuan Melayu dan bumiputera serta hak semua kaum di Malaysia
* Bersatu mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya
* Bersatu mempertahankan prinsip negara
* Mempertahankan rukun negara
* Menolak fitnah politik terancang yang dilakukan kepada pemimpin negara
* menolak percubaan menggulingkan kerajaan
* Menggembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Aman?.. 
Dipanggil 'barua Cina', FRU sembur meriam air
Polis antirusuhan FRU petang ini menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara hari ini. 
Tindakan itu diambil kira-kira jam 5 petang setelah terdapat peserta enggan berganjak daripada Jalan Petaling.
Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik. 
Trak meriam air itu datang daripada arah Jalan Tun Tan Cheng Lock selepas peserta mula membuat provokasi kepada polis, termasuk ada memanggil mereka “barua Cina”. 
Perhimpunan hari ini dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu yang dikaitkan pemimpin dan media prokerajaan dengan dominasi Cina dan DAP. 
Berdasarkan kain rentang dan poster dipamer, ia dipamerkan sebagai perhimpunan Melayu untuk menyatakan bantahan terhadap orang DAP. 
Selain meraih sokongan pada kerajaan dan perdana menteri, terdapat juga bahan pameran mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Kumpulan berbaju merah itu berkumpul di beberapa tempat ke ibu kota sebelum berarak dan berkumpul di Padang Merbok. 
Mahathir sebelum ini hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. 
Perhimpunan hari ini dihadiri beberapa pemimpin Umno.
Sumber
Najib.. aman ke macam ni?


3 polis cedera, dibawa ke hospital



Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan SAC Roslan Abdul Wahid.

Katanya, ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital dan hanya cedera ringan.

Selain itu, beliau juga memberitahu, polis terpaksa mengguna meriam air kerana peserta himpunan ingin merempuh kawasan perniagaan di kawasan itu.

"Kami perlu gerakkan aset, FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan tambah halangan keselamatan. Ketika itu kami cuba bercakap dengan mereka jangan rempuh halangan.

“Ada lima, enam kumpulan kecil tanpa pemimpin dan tiada kawalan.

"Apabila FRU tiba, kami cuba kekalkan supaya mereka tidak berlaku ganas," katanya kepada pemberita.

Polis antirusuhan petang tadi menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara setelah terdapat peserta enggan berganjak dari Jalan Petaling.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka “barua Cina”.

Lautan manusia berbaju merah hadir dalam perhimpunan hari ini, yang dilihat menyatakan sokongan kepada pentadbiran perdana menteri selain menyatakan bantahan kepada BERSIH 4 sebelum ini.

Polis hanya memberikan kebenaran berhimpun di Padang Merbok sahaja.

Kejadian di Jalan Petaling berlaku ketika kumpulan di Padang Merbok sedang bersurai.

Sumber

Iklan B (ii)







4 comments:

  1. Himpun, cakap ni, laung sloga.. balik balik beli mee maggi kat kedai ah seng .....

    ReplyDelete
  2. Betul sampai 250,000 org? Kalo dilihat gambar yg tersiar macam tak sampai pun 10,000 org. Nak cuba berbesarkan ke berita yg tak betul?

    ReplyDelete
  3. Itulah ketuanan melayu

    ReplyDelete
  4. Di kg saya beberapa keajaiban telah berlaku sebaik saja perhimpunan baju merah selesai, antaranya:-

    1.orang2 kg yg miskin tiba2 menjadi kaya raya

    2.penagih2 dadah semuanya menjadi rajin berkerja dan orang2 awam tidak lagi risau akan kehilangan harta benda.

    3. Keadaan di bandar dan di desa sudah ceria .agak sukar untuk kita untuk mengeluarkan zakat dan sedekah.


    Di lain2 tempat bagaimana?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...