Friday, 4 September 2015

Najib Lakar Sejarah Dunia.. Ini Buktinya


Najib Lakar Sejarah Dunia.. Ini Buktinya. Meskipun pemimpin Umno mempertahankan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak dan berkata ia bukan hal besar, Pengerusi Transparency International Jose Ugaz menyelar balik dengan menyatakan ia ada semua elemen dalam rasuah yang hebat.

Ugaz, pejuang anti rasuah antarabangsa berkata, ada 3 ciri dalam rasuah hebat, antaranya ia dilakukan individu berkedudukan tinggi dan berkuasa, membabitkan jumlah wang yang besar dan memberi kesan terhadap hak asasi manusia.

Dalam pembentangannya di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Kuala Lumpur semalam, Ugaz berkata RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun bank peribadinya adalah contoh rasuah hebat.

Katanya, pindahan wang itu boleh disamakan dengan dana haram yang mengalir ke dalam bank besar seperti HSBC, milik United Kingdom dan BNP Paribas, Perancis.

Sebelum ini, aktivis mendakwa HSBC menyalurkan wang diperoleh daripada pembalakan haram di Sarawak, sementara BNP Paribas didenda AS$9 bilion di mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana menggerakkan berbilion dolar ke negara yang dilabel sebagai penaja keganasan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu mengesahkan Najib menerima RM2.6 bilion daripada satu sumber di Timur Tengah yang tidak dinamakan bagi tujuan tidak dinyatakan.


“Jika wang itu tujuannya untuk membantu orang miskin dan ia tidak sampai kepada mereka, maka ia adalah kesan kepada hak asasi manusia,” kata Ugaz kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas pembentangan itu semalam.

Najib Lakar Sejarah Dunia.. Ini Buktinya

“Beliau tidak menjelaskan, untuk apa dan di mana wang itu datang dan apa yang beliau sepatutnya buat ketika menerima wang itu.

“Beliau juga perlu membuktikan wang itu tidak haram atau datang daripada sumber haram. Parti politik tidak sepatutnya menerima wang yang sumbernya haram,” kata Ugaz.

Pengkritik Najib mendesak peletakan jawatannya kerana menerima wang itu dan menolak penjelasannya wang itu didermakan kerana melawan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis) memandangkan ia dipindahkan pada 2013, sebelum Isis ditubuhkan.

Najib yang juga presiden Umno, mempertahankan derma itu dengan berkata ia untuk partinya dan tidak menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi.

Penyokong Najib dalam Umno seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dana itu bukan isu besar.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga berkata adalah normal bagi presiden parti memegang wang dalam tabung amanah.

Derma itu menjadi topik hangat di kalangan speaker di IACC. Pada Rabu, Ugaz sendiri berkata komitmen Malaysia dalam menangani rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tidak ada penjelasan yang memuaskan berhubung derma itu.

Beberapa minggu lalu, beliau ada berkata peguam negara “yang kritikal terhadap kerajaan” digantikan, pasukan petugas khas menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) digantung, penyiasat ditahan dan akhbar digantung.

“Ini bukan tindakan kerajaan yang memerangi rasuah,” kata Ugaz pada persidangan yang dihadiri pihak berkuasa, pakar dan aktivis anti rasuah dari seluruh dunia.



Iklan B (ii)







1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...