Wednesday, 2 September 2015

Malaysia Akan Diketawakan Lagi Jika..


Malaysia Akan Diketawakan Lagi Jika. DAP menggesa agar polis tidak mengambil tindakan terhadap penari Bilqis Hijjas, kerana menjatuhkan belon Bersih 4 pada satu program di pusat membeli belah yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

ASetiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan terhadapnya adalah tidak masuk akal dan akan menjadikan Malaysia jenaka dunia.

"Dilaporkan polis menyiasatnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan," katanya, memetik laporan The Malaysian Insider, semalam.

"Penari itu menjatuhkan belon yang mengandungi perkataan 'demokrasi', 'bebaskan media' dan 'keadilan'. Adakah perkataan itu dianggap kesalahan?

Malaysia Akan Diketawakan Lagi Jika

"Adakah polis juga melarang perkataan itu? Tidak masuk akal. Saya harap polis tidak meneruskannya dan memberikan Malaysia nama buruk.

"Jika tindakan dan pendakwaan dikenakan terhadapnya, ia menunjukkan Malaysia menjadi negara polis," kata ketua menteri Pulau Pinang itu lagi.

Wanita berusia 35 tahun itu ditahan polis bantuan pusat membeli belah itu selepas didakwa menjatuhkan belon berkenaan dari tingkat 5 bangunan tersebut.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika itu menghadiri majlis pelancaran DiverseCity International Arts di tingkat bawah bangunan tersebut.


Lim berkata, jika tindakan diambil terhadap Bilqis yang tidak mempunyai kaitan politik, ia menunjukkan Putrajaya ketandusan idea dan sanggup melakukan tindakan sedemikian bagi melindungi pentadbiran.

Katanya, sekiranya beliau berada di tempat Najib, sebagai seorang pemimpin negara, beliau boleh menerimanya dan tidak akan menganggap ia satu tindakan yang menghina.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...