Monday, 28 September 2015

Kontroversi Terbaru Dari Istana Johor?

JOHOR BARU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat. 

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," kata Tunku Idris. Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung. 

Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. "Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" soal Tunku Idris.


Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.

Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir. "

Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya - siapalah kita untuk menghakimi," kata Tunku Idris. 


Iklan B (ii)





9 comments:

  1. Aminah tu kakak Idris bukan adik.

    ReplyDelete
  2. Bukan masalah lebih kuat solat dari yang bertudung tetapi yang bertudung telah menutup pintu fitnah dari ribuan dosa mata yang beliau laku. Jika ini bakal ketua agama, maka celakalah kamu di atas kecelupar mulut kamu yang sepatutnya digunakan untuk memuji akan kebesaran Allah SWT yang Maha Esa. Adakah dengan meletakkan nama kebesaran dibelakang nama-nama kamu, kamu boleh berhukum dengan apa yang di perintahkan keatas kamu walau pun kamu seorang raja.

    ReplyDelete
  3. Mufti Johor tulong sembang sikit.

    ReplyDelete
  4. Islam agama yg indah & mudah! Fikir2kanlah.....Jangan MENAKUTKAN org bukan Islam, berdakwah ada caranya, tak baik berbahas ttg peraturan agama.

    ReplyDelete
  5. Kita orang Islam tak perlu hendak pertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,kalau tak cukup ilmu didada pergi belajar dan muhasabah diri sendiri agar tidak dipersoal dalam kubur nanti.

    ReplyDelete
  6. mcm ni cara berfikir seorg anak raja... mampuhhhhh la... nampak sgt kejahilannya..

    ReplyDelete
  7. Mengelak dari berlakunya fitnah dan rekayarsa manusia yang tidak bertanggung jawab maka adalah wajar buat seorang muslimah berpakaian rapi dari terdedahnya aurat. Tidak usahlah kita jadikan instagram sebagai medan bercakaran sesama sendiri lantaran mewujudkan segala macam sengketa kerana fitnah yang dungu ini. Semestinya solat yang baik itu adalah perantaraan kita dan Allah SWT dan manusia tidak layak memperakui buruk dan baiknya solat seseorang. Jauh sekali untuk menilai seseorang dengan cara ianya berpakaiaan, sedangkan yang berpurdahnya juga tidak mustahil boleh bersikap curang.

    ReplyDelete
  8. Buang masa berbahas berdebat dgn kaum yg mjadikn barat sbg kiblatnya

    ReplyDelete
  9. hukum Allah tetap hukum Allah ....kalau dibiarkan puak-puak yang cuba mempermudahkan untuk kepentingan diri, maka akan tidak terlaksana hukum-hukum Allah itu dan jika tidak terlaksana, maka tidak ada lagi nanti apa itu "Islam"

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...