Monday, 21 September 2015

Cara Dan Tarikh Pembayaran BR1M 2015

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai bulan Januari 2015. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2015.

[Update]
◉ Bayaran peringkat akhir BR1M 2015 dipercepat dari 28 September kepada 21 September 2015.
◉ Penerima yang lambat kemaskini (1Januari - 31 Januari 2015) akan menerima bayaran pertama pada 12 Februari 2015.
◉ Pembayaran ansuran pertama BR1M 2015 akan dipercepatkan dari 28 Januari kepada 15 Januari 2015.



Tarikh pembayaran BR1M 2015

Pembayaran BR1M 2015 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu bermula 28 15 Januari, 28 Mei dan 21 28 September 2015.

Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 15 Januari 2015.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.

Tarikh pembayaran bermulaPendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulanPendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
15 Januari atau 12 Februari 2015RM300RM200RM350
28 Mei 2015RM300RM200---
21 28 September 2015RM350RM350---
JumlahRM950RM750RM350

Cara pembayaran BR1M 2015

Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Baucar bagi bayaran peringkat pertama akan diagihkan di majlis penyerahan BRIM, mulai 17 Jan hingga 31 Mac 2015. Baucer bayaran peringkat kedua dan ketiga akan dihantar terus ke rumah.

Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.
BR1M

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2015 dengan menghubungi:


Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my.

Semoga info ini berguna untuk semua.



Addin:

Kepada yang layak pergilah menuntut, ini hak kita.. Jangan bagi Najib je sebat RM2.6 Bilion..



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...