Wednesday, 9 September 2015

Betul Ke Berita Gempar Dari PAS Ni?


PAS tidak menolak kemungkinan untuk menyertai perhimpunan "baju merah" selepas menilai matlamat dan tujuan penganjuran perhimpunan tersebut untuk menyatukan Melayu, kata  Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut portal Astro Awani, presiden PAS itu menegaskan parti Islam itu akan kekal dengan prinsip memperjuangkan Islam.

"Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan. Yang kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain, jangan abaikan kaum lain.

"Ini kerana saya sebut dalam banyak ucapan saya... kaum lain juga adalah mangsa penjajahan," katanya seperti dilaporkan portal itu.


Beliau pada masa yang sama, mengkritik perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini dengan mengatakan PAS tidak menyertainya kerana berpendapat ianya tidak wajar diadakan ketika negara di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Hadi turut menyifatkan insiden peserta yang memijak gambarnya semasa perhimpunan itu sebagai satu tindakan kebudak-budakan sambil menyarankan supaya kerajaan tidak terjebak sama dengan tindakan tidak matang sedemikian.

"Saya anggap itu langkah kebudak-budakan. Saya anggap itu langkah budak, serah pada orang tua. Orang tua budak-budak tu. Saya harap kerajaan pun jangan jadi budak-budak.

“Himpunan Rakyat Bersatu” yang dianjurkan kumpulan "baju merah" dijadualkan berlangsung pada 16 September di Plaza Low Yat dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.




Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Orang yang hampir lemas didalam sungai akan mengapai apa sahaja yang hanyut di atasnya termasuk kepala taik!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...