Monday, 21 September 2015

Sudah Dijangka.. Berita Mengejutkan

Pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP akan memudahkan lagi parti pembangkang untuk membentuk pakatan baharu, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub, menurut laporan Utusan Malaysia.

Kerjasama melibatkan PKR, DAP, Amanah dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang pro pembangkang, akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baharu itu tanpa PAS, katanya.

"Amanah mengulangi pendirian dan komitmen kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang bagi membawa perubahan politik," katanya dalam satu kenyataan.

Salahuddin mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan kerjasama parti politik itu hanya bersama PKR.


Kenyataan Hadi itu sekali gus menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi Amanah dan DAP.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut dilaporkan berkata, parti itu tidak akan menghadiri persidangan meja bulat anjuran PKR melibatkan DAP dan Amanah esok bagi membincangkan penubuhan pakatan pembangkang baharu, menyifatkan ia dibuat dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad dilaporkan berkata, parti itu masih belum bersedia memulakan proses perbincangan menubuhkan gabungan pakatan baharu walaupun tidak pernah menutup pintu rundingan dengan PKR.

Menurut Salahuddin lagi, Amanah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baharu.

Beliau dalam pada itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pendirian PAS yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...