Monday, 21 September 2015

Berita Malang Buat Rakyat Malaysia..

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai mensabotaj negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu jelas merupakan langkah yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia.

"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.

"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.


"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, lewat malam tadi.

Khalid membuat kenyataan itu sebagai menjawab dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini, kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengelak pembongkaran kes 1MDB.

Khalid berkata Khairuddin, yang  membuat laporan polis mengenai isu 1MDB, seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.

"Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia," katanya.

Khairuddin kini ditahan reman 6 hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.

Beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara di Kuala Lumpur pada Jumaat, yang dipercayai berkaitan dengan siasatan membabitkan 1MDB.


Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Cakap la nak sabotaj najib..negara dan najib..dua perkara berlainan..

    ReplyDelete
  2. KBAB51 ,tunaikan haji dulu doa2 banyak2 semoga ALLAH buka hati supaya membaca dan faham issue sebenarnya.biarlah TIMBALAN buat kerja.kalau bolih tanya lah pendapat mufti perlis dah duduk sebilek.di mekah pun nak jilat buntut NAJIB

    ReplyDelete
  3. ADA BETULNYE TINDAKAN KHAIRUDIN ITU.RAKYAT MAU PUN WAKIL RAKYAT SUDAH JELAK DAN MUAL APA YANG BERLAKU TERHADAP PEMERINTAH YANG TELAH DILINDUNGI OLEH PIHAK BERKUASA YANG SALAH GUNA KUASA.KES BUNUH AL TANTUYA,DANA NEGARA HILANG BERBILION . KEMUDIAN BAWAK CERTA BODOH DIBASWA KONONNYE ORANG DERMA.TINDAKAN LEPAS.PIHAK FBI BUKAN SAJA HARUS TANGKAP PEMINPIN PENGKHIANAT TAPI HARUS JHUGA MENANGKAP PIHAK YA G SALAH GUNA KUASA

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...