Saturday, 12 September 2015

Kejutan Dari PAS


PAS Kelantan perlu mengemukakan laporan terperinci berhubung tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang dilaporkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata laporan itu perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum PAS Pusat memutuskan tindakan terhadap Kamarudin."Dakwaan boleh dibuat oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pemuda Istiqomah Peringkat Negeri Kelantan di Pasir Puteh, hari ini.


Hadi menegaskan PAS tetap memperakukan bai'ah dan taklik lafaz cerai talak 3 yang dikenakan terhadap setiap ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen PAS di Kelantan."Hanya mereka yang tidak yakin dengan perjuangan PAS sahaja yang tidak mahu mematuhinya," katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan penyertaan Kamarudin dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam parti itu.


Sumber


Iklan B (ii)










2 comments:

  1. kata Majlis Ulama PAS tak tahu ttg baiah...mana satu betul ni..

    ReplyDelete
  2. dulu bila 2 adun sokong kak wan, dia label barua dan broker.

    bila 2 tokoh besar ni lompat masuk pkr, apa hadi nak label ek? rasanya semua label telahpun digunakan utk G18...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...