Monday, 7 September 2015

Berita Gembira Buat PAS Dan Pembangkang


Berita Gembira Buat PAS Dan Pembangkang. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi pendirian parti itu yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu bakal dinamakan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Katanya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama membawa perubahan dalam negara, senada dengan pendapat yang disuarakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata menteri besar Selangor itu.

"Dan kalau ada pihak, termasuk PAS yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan PAS dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR.


Berita Gembira Buat PAS Dan Pembangkang

"Ini ditegaskan berulang kali," katanya kepada media selepas menghadiri 'PJ Half Marathon' di Petaling Jaya hari ini ketika diminta mengulas sama ada wajar PAS berada bersama PR 2.0 atau tidak.

Khamis lalu Dr Wan Azizah berkata, PKR masih mahu bekerjasama dengan PAS, mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Beliau turut menepis bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu PAS bersama PR2.0, mengatakan ia pendapat peribadi salah seorang pemimpinnya, merujuk kepada Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa sebelum ini berkata, langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan atau menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata, kehadiran Amanah akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang.


Iklan B (ii)







5 comments:

  1. boleh ke pas duduk semeja dgn dap dan pan?

    aku pengundi pr tak setuju penyertaan pas dlm pakatan baru. mungkin pkr ada muslihat tertentu dgn keputusan tsb.

    jgn lupa pas pernah letak calon mrk dikerusi2 pkr yg memberi kemenangan kpd bn. hadi tak hormati pemimpin2 lain dlm pakatan dulu. hina kak wan. herdik anwar. ku li sbg pm. putus dgn dap.

    hadi menipu dgn menggunakan hudud utk menguasai pas sepenuhnya. pemimpin spt ini mesti dijauhi apabila matlamat menghalalkan cara.

    sila baca senario yg dipaparkan oleh malaysiawaves dan tukar tiub. pru akan dtg dijangka akan menjadi pru yg paling kotor sekali dlm sejarah Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Apa susah Azmin. Pakatan Baru adalah seperti berikut:

    Pakatan 2.0 A- Amanah dan DAP. Sebab kedua2 tak mahu Pas

    Pakatan 2.0 B -PAS dan PKR. Sebab PKR shj yang mahu Pas.

    Aku tengok PKR ni parti yang depan pun dia hendak, belakang pun dia hendak. Tak de prinsip langsung..

    ReplyDelete
  3. Pemikiran ahli politik tidak akan sama dengan penyokong dan ahali bawahan parti tapi apa yang lebih jelas dan nyata adalah persefaham pemimpin yang akan mengolahkan penyokong dan pengundi jika pemimpin menjadi bias pada satu kelompok dalam satu-satu pakatan maknya pemimpin itu akan hilang integriti kepimpinan dan kesannya seperti mana yang kita lihat hari ini,adakah sesebuah parti yang pemimpin yang terlalu taksub dengan pengikut boleh membelakangi rakan pemimpin yang lain,apakah pemimpin jenis yang akan membuatkan pembangkang tercapai matlamat yang diperjuangkan kesihanilah pada pengundi yang bertongkos lomoh me,mbantu untuk memenangkan pembangkang tapi pemimpin sendiri yang terlalu ego dan megah dengan ilmu mereka,mungkin juga pembangkang akan berubah jika pemimpin jenis direhatkan untuk beri ruang pada generasi yang lebih berwibawa.

    ReplyDelete
  4. sabar...
    politik satu permainan...
    kita sdg menyaksikan siapa yg bermain dalam politik dan siapa dimainkan dalam politik..
    sesungguhnya ini satu babak yang menarik sekali, jom kita tengok..

    ReplyDelete
  5. Melayu sama Melayu TAK ELOK begadoh.. negara,bangsa sama ugama pun sama..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...