Friday, 18 September 2015

Belum Apa-Apa.. Parti Amanah Negara Bikin Gempar


Selepas pelancaran gilang gemilang semalam, kini Parti Amanah Negara (Amanah) berdepan dengan masalah baru apabila logonya didakwa menyamai logo stesen TV di India.

Serangan tentang logo Amanah menyamai Imayan TV kini mula memenuhi laman sosial khasnya Facebook dan dibincangkan dengan hangat dalam kumpulan WhatsApp.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata soal menyamai logo tidak berbangkit langsung kerana ia dicipta sendiri kumpulan pereka bentuk logo parti itu.

"Kami menerima pelbagai cadangan logo kami. Ada yang cadang pokok, payung dan sebagainya. Akhirnya kami cadang ia huruf 'A' yang menjadi pangkal kepada nama Amanah.

"Dari situ, beberapa rekaan logo dibentangkan kepada jawatankuasa pusat dan kami pilih logo ini," kata Anuar kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Anuar berkata, logo itu tidak ada implikasi undang-undang kerana ia hanya dilihat seiras dengan logo pada sebuah stesen TV di India.

"Saya yakin tidak ada implikasi undang-undang kerana daripada segi warnanya tidak sama, geografinya tidak sama, satu di Malaysia dan satu lagi di India, bahkan industri juga tidak sama, sana stesen TV, kami parti politik.

"Ia berkemungkinan berlaku secara kebetulan dan pihak kami mengambil maklum. Kami sangat menghargai pandangan serta komen orang ramai dan akan berbincang dengan pihak berkaitan," kata bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.


Amanah dilancarkan semalam di pusat persidangan di Shah Alam. Lebih 3,000 perwakilan dan pemerhati hadir di majlis itu.

Amanah adalah nama baru kepada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang diambil alih Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah kumpulan pecahan daripada PAS.

Nama parti, logo dan bendera parti itu kini sedang dikaji oleh Perdaftar Pertubuhan (RoS) selepas Amanah menyerahkan kepada mereka.

Sebelum ini, pegawai kanan Amanah sudah berjumpa dengan pegawai RoS untuk membincangkan isu ini sebelum majlis pelancaran semalam.


Iklan B (ii)







11 comments:

  1. saya mohon dengan iklas agar mat sabu tolong tukar logo parti amanah dengan segera malulah macam ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. teguran tanpa nama masukkan dalam tong sampah

      Delete
  2. INGATKAN CURI 2.6 BLION

    ReplyDelete
  3. BENDERA PAS BUKAN KAH SAMA BENTUK DENGAN BENDERA JEPUN DAN JUGA BANGLADESH KECUALI PADA WARNANYA SAJA. LAGU NEGARA KU IRAMANYA KAN SAMA DENGAN LAGU TERANG BULAN DAN JUGA LAGU MAMULA MOON. TAK KAN HAL KECL INI PUN NAK DIJADIKAN POLEMIK. BANYAK LAGI HAL2 BESAR YANG PERLUKAN PERHATIAN..

    ReplyDelete
  4. Hasil.kerja Jenis graphic designer cut n.paste..

    ReplyDelete
  5. Logo hasil.kerja graphic designer yang ambil mudah.. cut n.paste..

    ReplyDelete
  6. jangan dacing senget sebelah sudah,

    ReplyDelete
  7. Laaaa..sebijikk...kuat copy paste ni..Parti Amanah copy paste dr Parti Pekerja..logo Copy Paste Imayan TV, ahli pun byk copy paste dr ahli PAS sendiri...main taram jer...

    ReplyDelete
  8. berbentuk seakan pyramid(cuma takda mata satu dalam piramid tu)line pula tiga....warna tu melambangkan satu agama di Thailand,,,penin lak nak sokong

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...