Sunday, 20 September 2015

Najib Terkejut Dengan Berita Ini?

Bekas Menteri Selar Himpunan Merah. Bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan polis kerana mengamalkan "double standard" terhadap perhimpunan Bersih 4 bulan lalu dengan "perhimpunan baju merah" baru-baru ini.

Beliau yang merupakan ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global berkata, mereka dengan pantas memburuk-burukkan peserta Bersih 4, tetapi memberi banyak kelonggaran kepada peserta "perhimpunan baju merah".

"Daripada perdana menteri, hingga kepada polis, dan kepada ramai lagi, anda boleh lihat, apabila mereka bercakap tentang Bersih, apabila mereka bercakap tentang perhimpunan baju merah, kita boleh lihat dengan begitu jelas 'double standard' mereka.

"Umno, perdana menteri kata Bersih 'democrazy' (gila berdemonstrasi), tetapi perhimpunan baju merah bagus dan mengikut undang-undang.


"Walaupun sebenarnya kedua-duanya sama, kedua-duanya perhimpunan aman," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada persidangan mengenai liberalisme di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, polis juga salah apabila membangkitkan isu permit, kerana ia tidak lagi perlu di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Bagaimana polis melayan Bersih 4 dan perhimpunan baju merah juga berbeza. Satu ada permit, satu lagi tidak dapat permit.

Bekas Menteri Selar Himpunan Merah

"Tetapi mengikut Akta Perhimpunan Aman, isu permit juga tidak timbul. Mengapa hendak gunakan hujah yang tidak konsisten ini?"

Katanya, ketua polis negara juga tidak berhak mengisytiharkan Bersih 4 haram kerana ia tidak ada permit.

Saifuddin juga memberitahu pemberita, Umno mesti mengambil pendirian terhadap ketua bahagian parti itu yang membuat kenyataan kontroversi.

Beliau memberi contoh khusus Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Umno Kota Bharu), Datuk Jamal Md Yunos (Umno Sungai Besar) dan Tan Sri Annuar Musa (Umno Ketereh).

Sebelum perhimpunan baju merah itu, Fatmi membuat ucapan berapi-api dan mengetuai sekumpulan ahli Umno membakar patung Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Jamal mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan kemelayuan beliau dengan menghadiri perhimpunan baju merah itu, manakala Annuar berkata, beliau mengamalkan sikap perkauman kerana ia selaras kehendak Islam.

"Nyatakan pendirian, jika tidak, anda menghantar isyarat bercampur-campur kepada orang ramai," kata Saifuddin, sambil mengatakan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin parti itu.

Saifuddin menolak idea Annuar yang Islam membenarkan sikap perkauman dan mengatakan, konsep "assabiyah" yang dibawa beliau dicela dalam Islam.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...