Tuesday, 22 September 2015

Akhirnya.. Pembunuh Zul Badak Diberkas?

Pembunuh Zul Badak Diberkas? Tujuh  individu ditahan bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul Badak di hadapan sebuah restoran di Lorong Tun Ismail dekat sini Jumaat lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah, kesemua mereka yang berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan sejak semalam sehingga tengah hari tadi di sekitar bandar ini.

"Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Pembunuh Zul Badak Diberkas?

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, Zul Badak atau nama sebenarnya Arzurizan Abdul Rahman, 39, yang juga aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di daerah ini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di leher, dada dan pinggangnya.

Suspek yang memakai topeng dilapor melarikan diri bersama seorang lagi rakan dengan Proton Waja berwarna perak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...