Monday, 14 September 2015

Akhirnya PAS Mengakui Kesilapan?


PAS hari ini mengakui masih memerlukan kerjasama dengan parti politik lain dan tidak mampu bergerak sendiri untuk menjadi pembangkang yang kuat.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu percaya kekuatan pembangkang adalah terletak pada gabungan bersama parti politik lain.

"Kita konsisten yang kita perlu kuat dan kekuatan parti pembangkang adalah melalui gabungan parti politik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, di atas prinsip itu, PAS tetap akan kekal dalam hubungan politiknya dengan PKR.

"Selama mana kita boleh bergabung , kita akan kekalkan hubungan dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pendirian PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR adalah atas dasar hormat menghormati.


Katanya, dasar hormat menghormati itu tidak ada kepada DAP, bekas sekutu mereka hingga mengakibatkan perpecahan.

"Seperti kita maklum, PAS dengan PR walaupun agak cacat dengan ketiadaan DAP tetapi kita baik dengan PKR kerana balik kepada asas iaitu saling hormat menghormati.

"Sudah terjadi krisis DAP dan PKR, namun yang berbeza kami dan PKR saling menghormati

"Dan dalam krisis tersebut, PAS dan DAP berpecah kerana hilang hormat tersebut," katanya.

Pada masa sama beliau menegaskan PAS sebenarnya merupakan parti yang menjadi tunjang kepada kekuatan rakyat Malaysia.

Ini katanya meskipun berdepan dengan pelbagai krisis, pendirian PAS begitu utuh.

"Seperti rakyat Malaysia tengok bila berlaku krisis, PAS begitu kuat kekalkan istiqamah.

"Maksudnya ahli PAS bersama kita dan himpunan kita buat berjaya dan Bersih diterima semua. PAS menjadi tunjang kekuatan rakyat Malaysia," katanya.


Iklan B (ii)









1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...