Thursday, 10 September 2015

Akhirnya Kevin Morais Dijumpai?


Polis Selangor hari ini menafikan khabar angin mengatakan mayat Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais (gambar, kiri) ditemui di Klang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, semakannya sehingga jam 12.20 tengah hari tadi mendapati tiada sebarang kesahihan berhubung perkara itu yang turut disebar luas di laman media sosial.

"Saya semak dengan Balai Polis Klang Utara dan Klang Selatan, tidak ada. Viral itu saya yakin dan percaya benda itu tak betul," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, petang tadi.

Penafian sama turut dikeluarkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad.

Agensi berita Bernama melaporkan, maklumat itu tidak benar, namun Zainuddin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berita mengenai penemuan mayat yang kononnya Morais itu dilaporkan di satu laman Facebook dan ia menjadi viral di media sosial.


Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan pada Isnin polis menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai Zainuddin sendiri.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.



Iklan B (ii)







4 comments:

  1. Nampaknya sesiapa yang bersangkut paut dengan 1MDB akan "hilang". Pengasas Ambank ditembak dan kini Morais pula hilang???Lu pikir la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. otak dah buntu, tak bolih nak pikir lagi.bolih tunggu dan lihat aje drama ni.

      Delete
  2. KIOK ke?????

    Kalau Rakyat tak setuju semua kena KIOK ke?????

    Dah jadi wabak pulak.

    ReplyDelete
  3. Dulu kini dan selamanya macam itulah jadinya jika umno bn meminpin rakyat malaysia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...