Monday, 28 September 2015

Akhbar Antarabangsa Gelar Najib "Pariah"?

Dakwaan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal kewangan boleh meninggalkan kesan ke atas hubungan antara Malaysia dan Australia, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Akhbar Australia itu memetik ahli akademik Profesor Clive Kessler, menasihati Australia yang berhubungan rapat dengan Malaysia, supaya "mulai sekarang melihat kepada Malaysia dengan serius dan bijak."

SMH berkata kejatuhan Najib sebagai perdana menteri satu hari nanti akan ada impaknya terhadap keutamaan dalam dasar asing Australia, memandangkan negara tersebut mempunyai "lebih banyak ikatan berpanjangan antara institusi dan individu dibina dengan Malaysia berbanding mana-mana negara jiran di Asia".

Ia melaporkan Kessler berkata, Australia percaya dengan "mitos" tentang Najib sebagai seorang yang "moderat, progresif, (dan) liberal".


Tetapi, di Malaysia, Najib "melepaskan pasukan autoritarianisme Islam dan keagungan etnik Melayu," kata Kessler, seorang profesor emeritus dalam bidang sosiologi dan anthropologi, serta seorang pakar Malaysia di University of New South Wales.

Katanya, Australia sering memandang Malaysia sebagai rakan yang mudah diramal dan boleh diharap di rantau ini.

SMH berkata Najib "berdepan risiko menjadi seorang pariah antarabangsa" kerana diselubungi skandal yang melibatkan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya dan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut akhbar tersebut, Australia bersedia kehilangan pertaruhan besarnya atas Najib memandangkan 1MDB, firma pelaburan negara hasil cetusan idea beliau menjadi subjek penyiasatan di beberapa negara.

Ia juga menyatakan dakwaan skandal kewangan beliau juga menyebabkan politik Malaysia menjadi "tidak berfungsi".

Najib menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi hari ini Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perdana menteri perlu sama ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya atau mendakwa lima media antarabangsa – WSJ, New York Times, Al-Jazeera, Channel News Asia dan The Economist – jika mahu membersihkan namanya.


Iklan B (ii)




2 comments:

  1. Tak terlibat? Kenapa takut habis pecat sama..pecat sini..tangkap sana..tangkap sini....tukar sana...tukar sini pegawai2

    ReplyDelete
  2. Smpi bila nak jdi PM Najib??.. Satu dunia dh ketawa, dh kutuk, dh heboh kecoh. Tak malu ke?? Manusia jenis apa ha? Agaknya ni lebih baik pada kau dari kena sumbat penjara. Tapi apapun smpi masa mahu tak mahu kau terpaksa jugak berambusss...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...