Monday, 17 August 2015

Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Rakyat Akhirnya Muncul


Yang Ditunggu-Tunggu Rakyat Akhirnya Muncul. Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Yang Ditunggu-Tunggu Akhirnya Muncul

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.


Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.


Iklan B (ii)








7 comments:

  1. Kita sudah ada Majlis Amanah Rakyat sekarang kita ada Parti Amanah Rakyat dan selepas ini Negara Amanah Rakyat serta DANA AMANAH RAKYAT

    ReplyDelete
  2. Inilah parti Islam yang jati dan progresif. Parti AMANAH Rakyat untuk semua rakyat Malaysia. Tahniah. Parti PAS sudah menjadi parti dinosaur. Hanya sesuai diabadikan dalam muzeum..

    ReplyDelete
  3. Nama parti sedap dah dan ditelinga pun dah sejuk sikit dah tapi yang jadi pemimpin tu janganla pula tak amanah seperti pemimpin PAS bila dah dipilih untuk memimpin dah mula kata itu ini lepas tu angkat diri sendiri macam kaduk naik junjung bila disokong oleh kaki pengampu dan penasehat yang benggong,jadi sirih tak pa bila naik junjung ada orang dok pi getu ambik daun makan maka sirih tak dak peluang nak naik hingga keatasmelebihi junjung faham sendirila kot.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana cara untuk menjadi ahli Parti AMANAH.Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..saya tidak berparti sejak 1998 dan mungkin inilah parti yg saya tunggu2 selama ini utk sertainya

    ReplyDelete
  6. Syukur alhamdulillah, dimakmulkan juga doa kita, wassalam.

    ReplyDelete
  7. kita tunggu & tengok lah sejauh mana amanahnya Parti Amanah Rakyat nih. tak perlu nak puji lebih2 atau kutuk2. tunggu & lihat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...