Wednesday, 5 August 2015

Waran Tangkap Ini Bakal Memalukan?


Waran Tangkap Ini Bakal Memalukan? Pengasas dan Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berpangkalan di United Kingdom, akan disiasat di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen. 

Polis Malaysia memperoleh waran tangkap terhadap Pengasas dan Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, dan akan memulakan proses mendapatkan bantuan daripada Interpol dan Aseanapol bagi memudahkan penahanan beliau, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah, hari ini.


Datuk Seri Mohmad Salleh berkata Rewcastle-Brown, yang berpangkalan di United Kingdom (UK), akan disiasat di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan, berkaitan dengan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Kami berjaya memperoleh waran tangkap daripada Mahkamah Kuala Lumpur terhadap Clare Rewcastle-Brown, pengasas dan pengarang Sarawak Report bagi kesalahan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Kami akan meneruskan permohonan bagi memasukkan beliau dalam senarai mereka yang dikehendaki Aseanapol (polis Asean) dan juga notis merah Interpol (polis antarabangsa)," kenyataan Mohmad dipetik.Perintah itu diperoleh selepas Rewcastle-Brown membuat siri dakwaan terhadap operasi syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, sejauh mana permohonan itu akan dilayan Aseanapol dan Interpol belum dapat dipastikan kerana permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi bertemu pembocor rahsia 1MDB, Xavier Andre Justo di Thailand tidak dilayan polis negara itu.


Sumber

Iklan B (ii)







4 comments:

  1. M'sia dah jadik bahan lawak antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. waran tak laku di uk... di sana tak ada akta zalim ini... di sana kalau kena fitnah sila saman di mahkamah...

    uk tak akan hantar makcik tu ke sini sbb apa yg makcik tu buat bukan jenayah di sana...

    sama cam ostalia... mrk tak akan hantar sirul ke Malaysia sbb ostolia bantah hukuman modal... hehehehee....

    ReplyDelete
  3. Lama Lama kita jadi Darul Katun.
    Tebahak bahak orang ngejek kita.
    Malunya kita

    ReplyDelete
  4. ada nafsu tapi tak ada tenaga.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...