Wednesday, 12 August 2015

Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi


Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi. Syarikat adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi perlu dikeluarkan daripada senarai syarikat yang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem atas talian, kata Zairil Khir Johari.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, Real Time Networking Sdn Bhd merupakan antara syarikat tempatan yang membida projek itu seperti disahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Demi kepentingan tanggungjawab awam, menteri dalam negeri perlu segera membatalkan kelayakan bidaan Real Time Networking. Zahid Hamidi perlu jelaskan peranannya menyokong syarikat adiknya kepada KDN serta pihak berkuasa Bangladesh.


"Jika beliau didapati melanggar batas etika, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai menteri dalam negeri dan timbalan perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zairil berkata, Datuk Abdul Hakim Hamidi menawarkan pakej yang membolehkan mereka mengutip ৳60,000 (RM3,000) bagi setiap pekerja masuk ke Malaysia, bertindak sebagai pengantara dengan beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.

Katanya, penjelasan KDN mengatakan nota Zahid kepada ketua setiausaha KDN bersifat umum itu tidak dapat diterima, seolah-olah cuba menipu rakyat dengan memberi jaminan syarikat yang mempunyai konflik kepentingan akan dinilai dengan adil dan objektif.

Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, kenyataan Hakim juga bersifat angkuh dan menggugat tanggungjawab awam apabila mengatakan beliau bebas berniaga walaupun abangnya seorang menteri Kabinet.

"Hakim boleh berniaga apa saja asalkan ia tidak melibatkan agensi kerajaan yang ada kepentingan langsung dengan mana-mana ahli keluarga.

"Tetapi memandangkan abangnya adalah menteri dalam negeri dan berkuasa meluluskan kebenaran masuk pekerja ke Malaysia, tidak dapat dinafikan wujudnya unsur konflik kepentingan," katanya.

Katanya, Zahid perlu belajar daripada dasar Pulau Pinang yang melarang mana-mana ahli keluarga wakil rakyat mengendalikan urusan perniagaan dengan kerajaan negeri sejak 2008.

KDN dalam kenyataan semalam berkata, nota Zahid itu bukan satu bentuk arahan atau kelulusan dan masih belum melantik atau memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat bagi menyediakan sistem menguruskan kemasukan secara atas talian pekerja Bangladesh ke Malaysia seperti didakwa.

Menurut KDN sehingga kini, beberapa syarikat termasuk Realtime Networking mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menyediakan sistem pengurusan pekerja asing namun kementerian belum membuat sebarang keputusan.

"Semua cadangan daripada syarikat berkaitan sistem akan diteliti dan dipertimbangkan oleh jawatankuasa di kementerian terlebih dahulu, mengikut prosedur sedia ada," katanya.



Iklan B (ii)








1 comment:

  1. Yang terbaik kerajaan perlu batalkan saja cadangan bawa masok pekerja asing..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...