Wednesday, 19 August 2015

Tamparan Hebat Buat PAS.. Saksikanlah


Tamparan Hebat Buat PAS. Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) mula meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu selepas nama parti baharu diumumkan.

Langkah ini diambil menjelang penubuhan parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.

Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam itu akan gugur secara automatik.

Petang ini satu sidang media khas akan diadakan di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan.
Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB.

"Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini," kata satu kenyataan yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini.



Tamparan Hebat Buat PAS

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud adalah Ketua Wanita GHB yang kini dalam proses mendaftarkan nama parti mereka.

Selain Kota Raja, PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Izham Hashim selaku yang dipertua kawasan juga dijangka akan mengambil langkah sama.

Ini kerana, selain Izham yang merupakan penyelaras GHB negeri Selangor, majoriti AJK PAS kawasan Kelana Jaya adalah penyokong GHB.

Walaupun sebahagian pemimpin cuba memujuk ahli mereka agar kekal dengan parti itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil sikap berbeza.

Hadi menyifatkan keluarnya pemimpin dan simpatisan GHB daripada PAS sebagai satu langkah pembersihan kepada parti itu.

"Itu pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Apabila berlaku banjir bah, pasir berubah.

"Tidak risau, tidak risau. Gembira... gembira," katanya ketika hadir di Majlis Hari Raya Terbuka PAS Terengganu di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


Iklan B (ii)









8 comments:

  1. Semoga berjaya dalam parti baru...Melayu mudah lupa...

    ReplyDelete
  2. Blog ni objektifnya untuk mencari sokongan rakyat kepada pakatan rakyat dengan menghebahkan kezaliman dan keburukan kerajaan barisan nasional bukankah begitu? ,tapi kenapa sekarang ni serangan ditujukan kepada parti PAS yg merupakan parti didalam pakatan rakyat ,sedangkan ghb belum didaftar kan lg ....kezaliman bn tu masih terlalu banyak untuk dihebahkan...adakah sekarang ni pr merasakan cukup kuat tanpa gandingan PAS dan penyokong penyokong nya?

    ReplyDelete
  3. lega rasa nya... selamat jalan wahai kaum2 mu kedalam bahtera dan nakhoda yg lain dari Jemaah kami...tiada lg manusia bermuka2 yg menikam belakang Nakhoda Kami...selamat maju jaya>>>kau dgn bahtera kau...DAN KAMI DGN BAHTERA KAMI menuju perjalanan yg DI REDHAI allah<<<

    ReplyDelete
  4. Gumbira.....gumbira....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kata TGHH....Inilah proses pembersihan semulajadi dalam PAS.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. diharap cawangan2 lain di seluruh negara yg menyokong GHB mengambil tindakan yg sama.. tepat seperti yg TGHA sarankan bahawa ini satu proses pembersihan atau penyaringan.. kini kami majoriti dalam PAS dapat semangat yg baru serta tidak lagi terasa janggal kerana terpaksa tidor di atas katil yg mempunyai musuh dalam selimut... fuuuuhhh lega beb..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. diharap cawangan2 lain di seluruh negara yg menyokong GHB mengambil tindakan yg sama.. tepat seperti yg TGHA sarankan bahawa ini satu proses pembersihan atau penyaringan.. kini kami majoriti dalam PAS sudah mula mendapat semangat baru serta tidak lagi terasa janggal kerana sebelum ini terpaksa tidor di atas sebuah katil yg mempunyai musuh dalam selimut... fuuuuhhh lega beb..

    ReplyDelete
  8. alhamdullilah akhirnya mereka keluar moga capai kejayaan ini semua perancangan allah ana kenal sgt sape mad sabu ni

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...